Friday, December 18, 2015

Tak Sempat Jugak...

Assalamualaikum..

Ingatkan bila baby tidur tadi terus nak isi perut.. Eh tengok banyak pinggan kotor mencuci pula pinggan. 

Lepas tu susun itu susun ini.. Bancuh air, huwaaaa baby dah menangis sampai meleleh air mata . Bawah mata sampai pink. Eh dah kenapa dik? Huhu takut kena tinggal tidur dalam gelap atas katil!

Ambik baby, susukan dia., pujuk2.. Bagi dia makan bubur. Syukur.. Dia dah hepi, dah gelak.. Dah kenyang.

Ops... Dah 11.30 pagi. Mineral cofee yang tadi panas berasap dah sejuk kaku. Nak jamah nasik goreng buat alas perut pun sampai ke saat ni tak juga sempat.

Nampak tak?
Busy tau.. Busy...

Ni si apit dah merengek tak berhenti lapar!!! Lapar!!! 

Bila nak bagi nasik goreng, roti, semua takmo. Katanya lapar tapi nak makan pisang. 

Ya Allah dugaan betul!

Tak larat la nak oi.. Sungguh ummi tak larat nak berkejar ke pasar borong carik pisang dengan kena dukung baby lagi. Aduhai anak. 

"Yang ummi tau, monyet je kalau lapar carik pisang, manusia makan biskut ke, roti atau nasik kalau lapar!"

Hambek kau... Ayat pedas berapi cam nasik goreng kampung yang ummi tak sempat jamah tadi . 

Sentap?

Tak la kot... Budak kenit 4 tahun mana tau sentap. Mana faham ummi busy dengan urusan rumah dan baby. Orang dewasa pun ramai je tak faham ingat kita bersenang lenang je duk rumah. Tak tau kita busy. Ingat tiap hari LM ni  keluar ke kedai atau mall ,window shopping habiskan masa dan wang ringgit yang gugur dari langit. Lepas tu sambung pula ke saloon belai diri urut dan facial bagai dan balik rumah tidur. Lapar nanti senang terus je call suruh orang hantar makanan. Best kan duk rumah... Tak yah keluar gi kerja. Duit pun 'melambak'.... Laki bagi duit, duit blog lagi.. Duit roti lagi.. Duit tart nenas lagi, duit cheese tart lagi..Lum kira hasil dari iklan2 yang boleh tebus jadik kasut, baju tudung kan? Kan? Haaa tu lah yang orang fikir..huh!!

Manusia ni nampak yang indah je, susah payah penat lelah orang ada dia ambik tau? Ada orang tanya.. Letih tak awak urus anak kecik yang ramai? Takda pun...




www.tips-fb.com

1 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Rin pun penat baca kisah LM ni..kesian...semoga dipermudahkan urusan ye LM..jgn pk sgt masalah org kata kita tuh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...