Monday, December 21, 2015

Tandas Awam

Assalamualaikum..

LM rasa bukan LM saja ngeri nak masuk tandas awam kan? Kalau masuk tandas mall besar2 je baru boleh berlapang dada melangkah dengan senyuman. Kalau tempat lain... Petronas pun kena intai2, shell pun agak ngeri... RnR pun ada yang kotor. Tapi okey lagi la dari petrol pump atau tandas awam di pasar atau di perhentian bas atau medan selera.

Kisah semalam semasa dalam perjalanan balik melawat anak2 di kem tahfiz..

Isteri: abang, nanti nampak petronas berhenti ye. Tak tahan laaa( nak buang air)

Dalam 500 meter dah nampak petronas terus je sound suami

Isteri: jgn laju sangat.. Nanti tak semoat masuk simpang petronas tu. Saya tak tahan sangat ni. 

Bila sampai je simpang tu kereta banyak sangat... Lima enam biji kereta bersusun sebelum simpang masuk petronas tu. 

Isteri: aduhhh.. Dah la tak tahan ni, banyak lak kereta

Suami: gi la jalan kaki.. Cepat sikit.( mengusik)

Isteri: ish, nanti orang gelak. Dia kata ingatkan nape pompuan tu lari tadi, rupanya tak tahan nk masuk tandas. 

Bila berhenti depan tandas yang bersebelahan surau laju je serah baby kat suami sebab memang tak tahan dah . 

Tapi...

Bila masuk semua orang tutup hidung. Budak perempuan dalam umur 6-7 tahun pun geleng kepala takmo masuk.

Nenek budak: takmo dah la.pengotor la dorang ni(sambil tekup hidung)

Isteri:kotor ke acik?aduhh dah la saya tak tahan ni

Nenek budak: haah kotor. Pengotor betul dorang ni bla bla bla( dia duk bebel)

Last2 tak sanggup la nak masuk. Sambung perjalanan. Nampak masjid pun tak berani nak singgah sebab biasanya jarang yang bersih:( 

Bila sampai RnR lelaju suruh stop. Tapi tandas cangkung. Aduh duhh sejak beranak pinak ni LM boleh kira guna tandas cangkung berapa kali. Agak ngeri.. Tak berani nak berlama sangat cangkung2 ni. Kalau boleh tahan memang tahan kalau rumah orang tu takda tandas duduk sanggup tak guna tandas:( 

Dah tak tahan sangat terpaksa la guna. Intai2 nampak bersih. Tapi...

Suami: ish pengotor betul. Suka sangat singgah tandas sana sini(mengusik sebab memang LM kerap ke tandas pun)

Isteri: dah tak tahan nk buat camne.. Dah la tandas cangkung. Memula nampak cam bersih. Bila dah siap tu nampak lak kat dinding2 dia kotor kuning2 berlendir. Terus mual, rasa nak muntah, penjngd an rasa gelap mata.

Suami: dah tu? Suka sangat singgah tandas merata2. 

Erkk memang pelik.. Orang lelaki ke tandas memang tak sekerap wanita ye? Ke... Sebab LM minum banyak air sebab menyusukan baby sebab tu kerap ke tandas. 

Aduh duh bab tandas awam ni memang ngeri tahap kronik. Sebab tu kalau masuk tandas suka pakai sunglass supaya tak nampak warna dinding berkeladak atau berlendir kuning sana kuning sini. Celah tiles hitam2. Memang kembang tekak:(

Tapi.. Dah tau geli gemar pulak singgah melawat tandas awam kat luar tu kan? Sobsss



www.tips-fb.com

5 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Rin sllu g tandas pam minyak..tp so far alhamdulillah la..msh blh gunala..hehehe

Diya Hanun said...Reply To This Comment

Sy kalau dah terpaksa baru opergi tandas awam ni, kalau boleh tahan, tahan selagi mampu..huhu

enda said...Reply To This Comment

Betul tu LM, saya pun mmg trauma gi tandas awamm..ngerii..hehe..

Enda

Yana Libra said...Reply To This Comment

betul tu kan..tp slalunya kalau rnr besar tandas dia ok la

Malinda Ismail said...Reply To This Comment

Aduhhhhh...akak pon kembang tekak bila baca n2 LM ni...ada gak kisah ngeri bila benti kencin kat tandas2 awam camni...:'(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...