Tuesday, December 1, 2015

Tips Buat Kuih Tiram Agar Kembang Lapisannya

Assalamualaikum...

Memang dah bertahun LM tak buat kuih tiram ni. Dulu buat elok ke tidak lupa dah .. Hehe. 

Tapi bila buat semalam rasa sangatlah geram sebab tak nampak pun lapisan dia kembang. 



Dia jadik kejung gitu je. Kurang la rangup:(

Tadi tak puas hati..buat sikit agar boleh lena tidur malam ni.. Ekeke


Syukur ada juga nampak lapisan dia. Tapi tak la lawa macam orang lain punya. Apa yang boleh dikata, tahun depan kalau panjang umur boleh buat untuk raya. Mudah sangat bila dah tau rentaknya.

Apa tips dia?
Rupanya kena ketuk-ketuk manja dengan chopstik bila mula-mula masuk dalam kuali tu. bila kita ketuk lalisan dia akan kembang.. Oooo baru LM tau. Takda siapa bagi tau pun. Ehehe. 

LM share resepi yang orang duk share dalam group masak2 ye. 

500 gram tpg gandum
1 telur
2 sudu besar marjerin

Uli sampai jadi doh 

Bahan gam
8 sudu besar tepung jagung
8 sudu besar minyak
-gaul rata

Canai doh dan sapu gam. Gulung rapat2 dan potong selebar jari kelingking, lepas tu canai nipis

Masukkan satu dalam kuali dan ketuk2 perlahan agar ia kembang. Bila dah okey masukkan yang lain pula. 

Dah suam sadur dengan gula

Nota: tadi LM tak guna telur pun. Elok je garing dan sedap. LM buat 21/2 cawan tepung dan uli sampai jadi doh. Dapatlah sebalang belas cloud nine tu


www.tips-fb.com

6 comments:

cik hani said...Reply To This Comment

tak pernah buat kuih tiram ni..
tahu makan je..
hehehe

Rozita said...Reply To This Comment

rajin betul budak ni tau...nak sikit!

Malinda Ismail said...Reply To This Comment

Hakak umur dah banyak pon tak penah lagi buat kuih tiram@lidah buaya ni dik....rajin sungguh la ko ni dgn anak kecik lagi...salute

Diana Rashid said...Reply To This Comment

rajin nya lahai..kalau saya beli je..hehehe

Yana Libra said...Reply To This Comment

macam senang jee

Mummydearie said...Reply To This Comment

Ohhh...ni namanya kuih tiram eh? Hahaha....kelakarkan saya ni. Saya makanlah kuih ni tapi sebab bukan menjadi kegemaran, tak ambil pot pun namanya. PunyalaH teruknya saya nikan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...