Tuesday, December 8, 2015

Tukang Urut Tengah Malam

Assalamualaikum

Salam selasa.. 
Mood ke laut hari ni lebih teruk dari semalam. Sampai pukul dua pagi pun baby ariz tak tido kot malam tadi. 

Dia gelisah semacam hempas-hempas kaki. LM bangun urut kaki dia pakai minyak batook. Mungkin kaki dia lenguh merangkak ke sana sini(busy katanya..)jadik tukang urut tengah malam la ummi ni ha..

Lepas urut bagi susu pun takmo juga. Tepuk-tepuk baru dia mau lena. Lepas tu bangun lagi.. Merengek... 

Bila tak layan mula menangis. Mata ummi dia dah macam kena gam. Nak bukak pun tak mampu. Hihihi. Bila dia nangis kalut peluk erat-erat. Risau pula menangis tengah malam tak jaga nanti ada pula makhluk lain yang teman nak kita.

Bangun pagi ni sambung urut usap-usap betis dia. Bulat je mata dia tengok LM urut. Haha sedap la kot? Belum pukul 9 pagi dia dah merengek nak tido semula. 

Anak tido ummi tido sama boleh? Ngantuk oi.. Tapi tengok hall bersepah dia makan epal sepah sana sini mata yang layu jadik bulat. Sobsss tak larat rasa nak handle budak sorang ni. Makin lasak lak ummi rasa. Huwaaa

Jap lagi kena layan akk abang pula. 
www.tips-fb.com

4 comments:

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Pandai juga dia menikmati kena urut:)
Mestilah selesa. Siang dah mengantuk kena urut-urut tu yg nak ganti mlm tak cukup tidur.

Yana Libra said...Reply To This Comment

huhu...penatnyeee...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...Reply To This Comment

Anak nak membesar macam tu lah LM..
Memang kena banyak sabar..
Nak tido lena tu memang susah lah kita nak dapat waktu huhuhu..
Gi lah tido sekejap masa baby tu tido..
Kesihatan kena jaga juga LM..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Sedap tu umi urut kaki itu yang dia merengek bila berhenti. Kalau anak tidur, kita pun boleh tidur samalah, LM. Takda pun undang-undang kata tak boleh.Hehehe!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...