Wednesday, January 20, 2016

Anak Kecil Cepat Bosan Bila Mengadap Buku

Assalamualaikum..

Ni hasil kerja syafiq(4tahun setengah). Sekejap je tekunnya buat kerja, lepas tu bila ummi pandang arah lain dia warna kaki orang dengan warna biru😂




Bila dimarah dia mula meraung kata takda pemadam. Lepas tu merengek letih, mengantuk, nak mandi bla bla bla..

Anak kecil ni kejap je fokusnya. Adalah 10-15 minit. Lepas tu kalau paksa memang tak jadi apa pun. Takpelah... Ummi kena banyak sabar. Takmo marah-marah. Dia memang tak tido lagi pun sejak balik dari sekolah tadi. Dia dah siap mandi tu pun dah syukur, kalau dia terlena kira dah siap kerja lah sebab dia dah mandi:)

Nota kaki: ni pengalaman berdasarkan perangai anak LM. Anak kalian mungkin lebih fokus dan rajin buat latihan. Malah pastinya lebih bijak dari syafiq. 


www.tips-fb.com

4 comments:

Lea Ismail said...Reply To This Comment

memang kena banyak sabar dengan karenah anak lagi2 bila part dengan buku2 ni

akubiomed said...Reply To This Comment

Bukan setakat anak-anak. Mengikut kajian orang dewasa juga akan memberi tumpuan kepada 15 minit pertama sebelum fikiran melayang ke tempat lain. :)

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Nak bagi budak kecik belajar kena ada mood dia.
Kena tahu apa dia suka. Selain puji dan main sambil belajar boleh membantu dik
Jgn paksa-paksa nanti dia rasa belajar satu yg membosankan.

Mummydearie said...Reply To This Comment

Mana adanya, LM! Anak saya lagi malas belajar! Saya ni pulak memang jenis emak yang tak sibuk anak-anak menuju 'cemerlang, gemilang, terbilang' di awal usia. Saya memang tak ajar sungguh-sungguh anak saya sampailah tiba masa masuk tadika. So a bit latelah si kecil ni belajar, main aje yang pandai. Mewarna pun aduhai emak! Pengsan kita menengoknya. Pada dia cantik sesaja. Apa yang cantik kalau dah muka orang warna biru, laut warna kuningnya!

Takpalah, Syafiq kecil lagi tu! Bagilah dia main-main dulu. Nanti bila masuk sekolah, azab tau asyik kena belajar jerk! Masa tulah baru kita push suruh jadi 'cemerlang, gemilang, terbilang'! Hahaha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...