Tuesday, January 19, 2016

Anak Sekolah Hampir Kena Langgar.

Assalamualaikum.

Tadi adik ad cerita kat LM, katanya dia takut sangat bila tengok ada budak hampir kena langgar kereta. 

Agak terkejut juga mendengar cerita adik ad tu. bila dia cerita rasa menggigil badan ni.

Kata adik ad, budak tu duduk kat sekolah ***** transit situ selepas balik sekolah kebangsaan. Bila turun dari bas budak tu tak toleh kiri kanan terus melintas. Cemas-cemas kena langgar. Kereta yang nak langgar tu langsung tak berhenti. Budak tu mengelak dan terjatuh atas jalan raya. 

Mujur tak apa-apa.. Mungkin luka sedikit atau ada lebam . 

Yang naik kereta pun kena hati-hati.. Yang driver bas pun kena lebih prihatin. Yang ni driver baru. Mungkin dia tak turunkan anak tu betul-betul depan pagar. Kalau driver lain dia pusing dulu then turunkan budak betul-betul depan pagar. Pintu bas menghadap pagar rumah .

LM tak sempat nak tanya sangat adik ad sebab dia balik tadi dah 1.35 pm.berkejar nak ke sekolah agama, tak sempat nak borak panjang. 

Jangan main-main.. Pernah ada seorang driver van sekolah cerita, dia pernah gilis anak sekolah sampai maut. Budak tu turun kat bawah rumah apartment. Lepas tu dia punya botol air jatuh tergolek bawah van. Bila budak tu menunduk van tu pun terus mengundur dan gilis budak tu. di tempat kejadian budak tu meninggal. 

Sebab tu lah dengan anak kecik ni kita tak jangka apa yang mereka buat. Mereka ni rendah. Ikut depan bas pun tak nampak, belakang bas lagi la tak nampak. Risau sangat...

Moga anak-anak kita dilindungi.. Amin.
www.tips-fb.com

2 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Cukup takut.. hari2 sy kluar sekolah n masuk dlm keadaan beringat.. budak takkan salah walau apa pun, kalau masuk mahkamah, pemandu di kawasan sekolah yg salah ..saya ingat gitu je.

Mummydearie said...Reply To This Comment

Ya Allah! Takutnya mendengar. Seriau rasanya! Saya tak fahamlah kalau lalu depan sekolah, tak berhati-hati. Kita pun sedia maklum ramai budak-budak sekolahkan. Wajib double triple berhati-hati. Budak-budak ni kadangkala buat something yang unexpected. Itu yang paling takut. Mohon anak-anak kita sentiasa dilindungi oleh-Nya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...