Friday, January 22, 2016

Asrama-Balik Kampung!

Assalamualaikum..


Asrama-Balik Kampung!
Alhamdulillah selesai sudah tugasan ambil kakak balik cuti. Untuk bulan ni jadual balik kampung kakak maisarah jatuh pada minggu ini. Dapatlah cuti extra  sampai isnin nanti... 

Disebabkan jubah biru(uniform) sekolah dia tak dapat lagi walau dah order lama, maka kami sepakat nak minta balik duit dan beli kat luar saja. Syukur... Allah permudahkan urusan minta balik wang yang kami dah bayar untuk dua helai jubah tu walau agak berjela juga kena isi form bagai.. Biasalah tu... Mana boleh ambik duit camtu aje kan?

Proses bawa balik kakak ni sebenarnya mudah, tapi kakak ni selain cadar, towel dan baju kotor.. Buku(ada home work), dia angkut semua pakaian lain dengan alasan "nanti cuti nak pakai apa?"

Naik angin kus kus la LM... Satu almari baju kat umah tu dia tak boleh pakai dah ke? Kenapa baju duk asrama yang dia nak pakai takat cuti jumaat-isnin?

Hai la anak.. Ni blur sebab first time duk asrama la ni! Urut dada jap. Phewwww. Patutlah tiga trip LM angkut barang dia sementara dia hantar punch card dia kat pos pengawal. Satu almari diangkut balik rupanya. 

Paling win! Bantal pun dia angkut bawa balik. Bila ditanya katanya takut hilang. Bila tanya berulang kali akhirnya dia kata bantal tu best. Elehhh bantal busuk la tu! Jenis tak boleh tido kalau takda bantal tu. 

Urut dada dengan peel anak sorang ni. Semua harta dia, dia sayang nak tinggal. Semua dia angkut termasuk baldi. Dua hari je cuti siap angkut baldi. Ko rasa apa?pedih tau!! Pedih hati ni nak cuba hadam peel anak. Aneh sungguh anak daraku.. Baru form one dah berperangai aneh. 

Barang dia yang paling banyak. Orang lain cool je bawa beg kecik balik umah. Sampai je kat kereta boleh pula dia tanya"laaaa nape bawa kereta kecik?" 

Takat nak ambik dia dan ada syafiq je kat seat belakang tak perlu lah nak bawa kereta besar. Bukan nak angkut tilam pun. Myvi punya besar bonet tak muat barang dia. Ayah dia geleng kepala je tengok. Siap letak tepi-tepi syafiq beg beg dia. Beg besar, beg kecik.. Fail apa ntah.. Pitam LM melayan perangai kakak maisarah. Ada juga orang jenis barang tak boleh tinggal ye? Angkut ke sana sini. Mujur tilam tu asrama punya(dapat baru siap berplastik lagi aritu) , kalau sendiri punya dia angkut bawa balik juga kot?



www.tips-fb.com

2 comments:

adeQ said...Reply To This Comment

Ahaaa.. comel.. biase la tu kak.. baru2 asrama.. maybe bende same mama saya duk bising.. bile da lame.. ok la kakak tu.. ehehehe... lagi2 nanti.. balik mmg lenggang je..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Hahaha! LM, ni nak bagi tau sikit. Maisarah tu perangai sama macam saya tau! Saya sejak dari dulu lagi macam ni. Kalau sekali balik kampung, semua saya angkut. Ubat gigi, berus gigi, bedak pun angkut sekali. Macamlah kat rumah tu takda semuakan!

Saya faham perangai anak dara sunti LM ni sebab sayalah generasi sebelumnya, spesies yang sama juga. Sampai sekarang tau terbawa-bawa perangai tu. Sampai HD kata lain kali balik kampung hujung minggu kena sewa lori 10 tonne. Angkut semua yang ada!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...