Monday, January 18, 2016

Asrama-Hilang Barang

Assalamualaikum...

Semalam bawa kakak outing. Disebabkan jubah(uniform) dia masih tak dapat-dapat jugak setelah jemu mendengar pelbagai alasan dari pihak koperasi sekolah kami nekad saja pergi cari ke  PKNS Bangi. Harga lebih murah dari rm90 yang koperasi jual dan kualiti kain pastinya 200% lebih bagus. Tapi nak buat macam mana.. Dah bayar pun untuk dua helai jubah tu.. Tunggu la jugak bila tahun sampainya entah?

Sian kakak, dia seorang je yang masih takda jubah. Alasan remeh.. Saiz besar memang lambat sampai. Grrr.. Dah la saiz dia pelik, badan besar tapi senteng. Macam saiz jubah sesuai untuk orang tua-tua..besar tapi singkat. Tak ikut saiz standard langsung saiznya. Pelik betul..memang tahun akan datang tak beli lagi la kat koperasi tu. beli pun konon takut tak boleh kain jenis lain, takut tak sama warna.. Haishh.. Pengajaran untuk kami..

Disebabkan barang dia asik hilang, stokin hilang, anak tudung hilang.. Maka, LM tak bagi dia cuci pakaian dah. Anak tudung memang la murah, tapi kalau sehelai dah rm4-5 tak ke naya nak beli 4-5 helai sekaligus. Weii dah dapat ayam sekor dan sayur tu!

Belum lagi kisah stokin hilang.. Agaknya mak pak dorang ni tak belikan stokin untuk anak secukupnya ke apa?anak malas cuci sambar je orang lain punya. Asal takda je dia tibai curik orang lain punya? Eh pelik betul...ni perangai nakal si anak yang mak ayah tak tau la ni. Memang nak kena cepuk.

Maka, jubah hitam jubah biru(uniform) dan tudung.. Memang LM larang kakak cuci kat sana. Hilang nanti naya je. Pendek kata semuanya tak perlu cuci kalau dah cuci tiga empat pasang stokin yang tinggal cuma satu dua je. Tiap minggu nak kena beli baru untuk anak. Amboi... Macam ada kilang cop duit pulak:(

Uniform dia semalam LM jahit kan nama maisarah guna benang merah di bahagian dalam jubah. Kalau hilang memang kami carik sampai dapat! Kalau si kakak letak stokin atas katil, dia pusing ambik beg sekolah tengok-tengok dah lesap stokin dia. Pelik tak? Memang ada kaki curik kat sana tu.. Tunggu ummi rajin sikit, habis daku sulam stokin dengan nama maisarah pasni. Kalau rajin dan sempat boleh la si pencuri tetas jahitan nama tu. tak halal kan la orang yang asik mencuri macam ni. Nak kata miskin tak juga sebab yuran bulanan asrama je dah berapa, mustahil stokin harga 7-8 ringgit kau tak mampu nak beli. Ni dah jadi habit. Memang suka mencuri. 

"Ummi letih sikit takpe, jangan ada barang yang hilang dah la" tu je lah ayat LM pada kakak semalam. Dia tak perlu bangun pukul 3 pagi cuci baju. Katanya 4.30 pagi orang dah penuh. Memang tak sempat sebab dorang cuci baju pagi-pagi. Pukul 5.30 pagi dah tak boleh ada sesiapa di bilik air, kalau masih ada yang mandi akan didenda. Sian pula kakak perlu mandi awal sangat. Moga Allah permudahkan urusan kakak.. Tu je doa ummi. 




www.tips-fb.com

6 comments:

cik hani said...Reply To This Comment

kalau kat asrama memang selalu sangat hilang barang kan..xpaham betui.. g belajar ke g mencuri agaknya orang2 macam tu kan..

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Salah satu punca kenapa anak kedua kakak masuk form 4 aje kakak keluarkan dari asrama inilah salah satunya. Walau alasan terbesar sebab sek dia tak ada aliran science. Tapi tiap minggu ada je yg hilang. Hairan kan sebab dah besar-panjang tu yg tak boleh tahan. Anak sulung kakak dulu asramanya ok taklah memanjang pencurinya..

Anak kecik kakak ni ada sekali hilang kasut tapi dah jumpa. Lepas tu dah ok dah..

Harap benda ini tak buat Maisarah boring tuk tinggal sana. Kesian kan..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kalau asyik hilang aje memang ada yang tabiatnya panjang tangan di asrama tu. Peliklah pula mendengar setakat nak ambil beg, bila toleh tengok dah takda stokin ke apa. Memang pantas betul tangan si pencuri ni.

adeQ said...Reply To This Comment

Salam kak.. sy pun dr sekolah berasrama penuh since form 1.. hilang2 barang ni da macam satu penyakit menular kat sekolah.. dulu pon bende2 yg sama jugak jadi kat saya... lagi2 hilang kat ampaian.. salah satu sebab penyepit yg sy guna x sekuat mana pon.. so mmg terbang kain n hilang.. kadang2 tu mmg asyik kne marah kak..

Pasal stokin.. pun same kak.. kadang bukan kne curi kak.. bende semua same kak.. selalu tertukar... mungkin la.. husnuzon.. sbb sy pon pnh buat kesilapan sama.. setiap kali cuti.. baldi gayung selipar tandas mmg kne beli baru.. at last sy letak semua barang sy dlm loker.. selipar tandas sy beli yg paaaaliiinggg x cantik.. hikhik..

Kat asrama mmg nama kat barang sangat penting kak.. x sulam pon tulis ngan permanant.. macam sy. Semua baju sy saya tanda ngan liquid n marker...

Tu je kak.. saje share pendapat.. lain tempat lain karenahnye..

Malinda said...Reply To This Comment

akak belom ada anak2 yg masuk asrama lagi...mungkin tahun ni la kot kalau ada rezeki...tunggu dan lihat la camne nanti...moga2 kak long dapat kawan2 yg baik

Kira Sakura said...Reply To This Comment

Habit la tu kot gamaknya huuu. Payah jugak. Tapi tula ramai jugak org cakap walau anak sekolah agama tapi tak menjamin yg semua student pelajar agama tu atitude dia bagus. Moga maisarah pandai jaga diri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...