Wednesday, January 20, 2016

Ayam Masak Kicap Pedas

Assalamualaikum..

Ayam Masak  Kicap Pedas
Macam biasa memang tak mampu LM nak masak menu istimewa buat keluarga. Menu paling ringkas dan cepat dimasak. Nak-nak sedang sakit ni lagi la tak larat. Kesan ubat buat diri terhuyung hayang .

Kebetulan suami ada beli ayam pagi tadi, LM masakkan ayam masak kicap pedas kegemaran acha. Acha ni tak suka makan ayam sangat, tapi kalau masakan begini dia makan dengan penuh selera. 


Bahan:
Ayam-gaulkan garam dan kunyit dan goreng .

Bahan kuah:
-cili kisar 3 sudu besar
-1biji bawang besar dikisar kasar
-1 ulas bawang putih-kisar kasar
-1/2 inci halia-kisar kasar
-1/2sudu asam jawa adabi
-1/2 biji tomato 
-1batang serai
-kicap masin secukupnya
-air secukupnya
-4biji cili api dibelah 2 jika suka pedas

Tumis bawang, cili kisar dan halia.. Bila garing masukkan kicap, tomato,asam jawa dan air secukupnya. Renehkan sebentar dan tuang atas ayam goreng tadi. 

Mudah dan jimat masa.. LM ni malas nak gaul-gaul.. Sebab tu curah saja atas ayam tu. kalau korang rajin boleh gaul ratakan kuah dan ayam dalam kuali dulu sebelum hidangkan. 
www.tips-fb.com

4 comments:

Suriaamanda said...Reply To This Comment

Yang senang dan simple je time tak sihat..lagi bagus..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kalau kat rumah, bukan anak-anak yang suka ayam masak kicap macam ni. Sayalah yang paling suka. Makanan simple ni bukan sekadar senang dimasak, berselera kalau makan dengan nasi panas-panas.

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Mak pun kadang2 masak lauk sejenis macam ni je... :)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...Reply To This Comment

Berapi pedasnya tu LM..
Akak ni perut dah tak kuat makan pedas..
Mula lah asik berulang ke toilet..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...