Wednesday, January 20, 2016

Baby Ariz-Suap Makanan Sendiri Ke?

Assalamualaikum...

Tadi lepas blend bubur baby ariz, LM letak mangkuk atas meja. Disebabkan bubur tu panas kononnya nak bagi suam-suam dulu baru suap kat dia. Nak cuci baju dulu.. 

Bila masuk bilik nampak ada sms. Ibu kawan duduk sebelah acha mesej . Semalam sempat bagi nombor saja tak sempat save nombor dia. LM reply seringkasnya..

"Assalamualaikum, saya ochi ibu rafallah dan salama."

LM cuma reply 
"Waalaikum salam, okey akk save nmbr ochi"

Seringkas tu.. Sebab duk fikir dia duk sensorang kat hall tu. tapi...

Bila jenguk dia elok je dia tengah jilat jari satu persatu. Mangkuk elok lagi ada atas meja, tapi muka dia dah bertepek bubur. Kemain lagi dia jilat jari dia tu.. Lantai? Memang bertepek-tepek bubur.

Tak jadi nak cuci baju, terus suap dia makan dulu. Licin semangkuk. Lapar sangat agaknya sampai suap sendiri. Maaf la dik, ummi demam agak slow buat kerja. Huhu

Nota kaki: wah sedap dia mamam hari ni. Dah berapa hari dia tak makan sangat jemu lauk ayam daging je. Hari ni dapat lauk ikan merah laju dia makan. Dia memang suka sangat makan lauk ikan, tak kisah la ikan apa pun..


www.tips-fb.com

1 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Mesti comel bubur penuh muka ^_^ Budak-budak sebaya gini bukan boleh lepa walaupun sekejap. Pernahlah saya kena, tengah online dengan Daddynya, atas katil. Tetiba saya tengah sibuk menaip, anak saya si Bubbly Abang tu (masa babylah) dah merangkak terus terjun katil! Berderau darah. Tak sampai seminit pun saya leka. Laju betul. Nasib baik tak apa-apa!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...