Saturday, January 16, 2016

Baju Kotor

Assalamualaikum..

Agak lewat juga tadi ke asrama kakak. Tunggu ayah mesin rumput dulu baru gerak ke sana. Tu pun sian ayah tak sempat sapu semua rumput tu.. Nak cepat sangat tadi.. Tengok jam dah 11 pagi  LM dan berzikir suruh cepat. Hihi 

Rindu membara pastilah nak cepat tengok dia. Disebabkan dia tak outing hari ni LM ambik baju kotor dia saja dan kami duk melepak kat kafe bawah asrama tu sambil makan keropok lekor dan pelbagai kuih yang ayah beli tadi. Sambil layan dia borak. 

Minggu ni pertama kali angkut baju kotor dia. Dah pesan tak payah cuci baju yang tak penting sebab kesian dia tak cukup waktu nak cuci baju sampai berebut-rebut. Prep petang dah nak masuk maghrib. Lepas maghrib ada mengaji dan sikit kuliah sementara masuk isya'. Lepas isya' makan dan prep. Lepas prep time tu lah nak minum sekejap alas perut sebelum lampu dimatikan jam 11.15 malam. Kesian dia bangun jam 3.30 pagi semata-mata nak cuci baju. Katanya seawal 4 pagi dah penuh orang mencuci baju. 

Disebabkan tak la jauh mana dalam 30 minit je dari rumah.. Eh ye ke 30 minit? Lebih kurang la kot.. Maka baik LM cuci kat rumah dan esok dia outing boleh hantar masa nak ambik dia bawak keluar. Lepas bawa makan biasanya kami angkut dia bawa balik rumah kejap. Dalam pukul lima camtu hantar la dia semula ke asrama.

Adat duduk asrama, pasti ada kes tuding hilang, baju hilang.. Dia takut sangat pakaian dia hilang sampaikan dah order tanda nama nur afiqah pun dia tukar kepada afiqah maisarah sebab katanya ramai sangat nama nur afiqah. Lesap nanti tudung kakak, katanya.

Jubah sekolah,  je dia cuci sendiri. Kadang tu rasa lega juga tengok dia boleh bawa diri sebab tadi masa kat kafe tengok ada ibu berceramah kat anak dia sampai berjam jam . Anak dia menangis sejak awal sampai la masa kami pulang. Anak lelaki pulak tu. manjanya lahai. First day pun hari tu sampai peluk dakap erat-erat berjuraian air mata pun anak lelaki jugak. 

Untung la jadik anak mak.. Manja sungguh anak lelaki zaman moden ni kan? Hehehe..
www.tips-fb.com

2 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Eh, lupalah! Dah komen ke belum? Tadi tengah seronok nak mengomen, internet semput pulak!

Ahah, LM... kalau anak lelaki saya masuk asrama, saya pun sama aje tau. Berkoyan-koyan nasihat saya beri. Bab peluk cium tu, memang malulah rasanya anak saya tengok perangai Mommynya. Hahaha! Nak buat macamana, kita aje yang sayang bangat kat anak-anak bujang. Hihihi ...

Nasib baik asramanya dekat, boleh pergi celah belum mana sempat. Susah jugakan kalau asyik aje hilang barang kat asrama. Belum tentu bertulis nama bagai orang tak curi, LM!

Kira Sakura said...Reply To This Comment

Ohh dekat. Sempat la ummi berkejaran ambik baju kakak. Tapi kan kak. Anak2 ni bila dok asrama mmg menghitung masa je boleh jumpa dgn mak ayah. Masa duduk plkn dlu tertunggu je nama kita kena panggil masa hari cuti. Bila nama kena panggil tu sepantas kilat bangun pegi jumpa mama papa. Senyum meleretttttt je. Hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...