Monday, January 11, 2016

Basikal Rosak

Assalamualaikum..

Kisah adik ad..

Tengah hari ni dah nak gerak ke sekolah agama dia merungut sendirian katanya basikal dia rosak. Pelik juga tu.. Baru berapa bulan dah rosak?

Rupanya pedal dia tercabut. Memang tak boleh la nak pasang guna tangan terutama dalam keadaan tergesa-gesa. Dah 2.15 petang pun masa tu. dia mula belajar 2.30. Memang la dekat, tapi dia sepatutnya mengaji sebelum kelas, kami dah masukkan dia kelas mengaji dengan ustazah sekolah agama tu

Bila disuruh jalan kaki terus dia nak nangis. "Dah la panas berdenting ni" jawab dia. Hahaha...

Ummi buat-buat sombong, malas nak layan. Semalam lepas balik masjid bape tak repair.. Bla bla bla bebel ummi.

Terus je LM masuk rumah ambik baby ariz yang dah terjerit-jerit dalam buaian(10bulan)Kalau lambat ambil mau-mau dia terjun nanti. 

Sebenarnya malas nak hantar dia dalam keadaan tergesa-gesa camtu. Dah la baby seat dalam kereta besar. LM plan nak bawa myvi je kalau hantar dia. Dekat sesangat, buat bazir minyak je guna kereta satu lagi tu. nak ambik baby seat dan pasang ke dalam myvi dah tak sempat. Membazir masa je.. Dah lewat sangat tadi tu..si ayah gi kerja naik motor je tadi. Tu yang otak duk fikir baik naik myvi je sebab dekat. Tapi.. Bab pasang baby seat tu yang malas tu

Last-last nekad je angkut baby masuk kereta hantar dorang tanpa baby seat. Dekat je sekolah agama lorong sebelah je.. Maka bila pergi sekolah tu adik ad lah pangku adik dia. Masa balik tu dudukkan je lah kat seat depan. Bawa slow-slow agar baby tak jatuh. Berdebar-debar bawa baby tanpa baby seat. Walau pun dekat perjalanan dalam seminit je pun berkenderaan tapi tetap bahaya. 


Nota kaki: tak sampai hati nak suruh anak menapak time panas tu.. Kesian sangat.. 
www.tips-fb.com

1 comments:

Farahain ZFA said...Reply To This Comment

teringat dulu masa sekolah agama , selalu tertinggal bas sebab cikgu lepaskan lambat . jalan kaki balik rumah . sampai rumah bepeluh peluh.haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...