Wednesday, January 27, 2016

Bekal Sekolah-Jagung Manis

Assalamualaikum...

Mood memasak dah tertinggal di awan biru. Pukul 6 pagi baru terkial-kial minta suami kejutkan anak berdua tu. pukul 6 juga baru terhegeh-hegeh nak godek senduk masakkan sesuatu untuk bekal anak-anak.

Menu hari ni paling ringkas. LM sediakan jagung manis dan buah pear saja buat anak-anak.

Ringkas tapi cukup mengenyangkan perut comel mereka. 


Satu untuk adik ad dan satu untuk acha. 

Pagi ni sarapan mereka cuma secawan nestum dan setengah cawan jagung manis. Alhamdulillah selesai tugasan untuk bekal hari ni... Ehehehe.

Nota kaki: nak hias carrot berukir, salad bagai anak LM ni tak makan sayur. Apa yang anak makan sajalah LM letak. Janji bersih dan kenyang. 
www.tips-fb.com

6 comments:

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Ok sangat tu.
Jagung pun kenyang:)

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

InsyaAllah mereka akan kenyang berkat airtangan ibu yang menyediakan... :)

Yana Libra said...Reply To This Comment

sedapnyeeee

Lea Ismail said...Reply To This Comment

adui sedapnya jagung tu. kalau lea jagung tu pun dha cukup

emieysandra said...Reply To This Comment

jagung manis sedap ;)

Mummydearie said...Reply To This Comment

Jealouskan LM bila tengok mak-mak buat bento bukan main cantik untuk anak-anak. Tetiba wujud rasa teringin ^_^

Takpalah. Kita buat apa yang termampu janji anak-anak kenyang makan dan terjamin makanan yang mereka makan tu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...