Wednesday, January 20, 2016

Bento-Ayam Goreng Ala Uncle Bob

Assalamualaikum...

Menu ringkas lagi hari ni... Ummi memang tak larat mana pun nak buat bekal anak. Ummi susun-susun bahan ayah la yang meneruskan 'perjuangan' untuk buat bekal anak. Bila memikirkan badan tak sihat, rasa macam nak cakap je kat anak-anak supaya mereka beli di kantin saja makanan. Tapi... Bila mengenangkan tahun lepas kantin sekolah pernah diarah tutup beberapa hari akibat terlalu kotor, hati ini rasa sangat berdosa nak suruh anak beli makanan kat kantin. 

Mereka makan tak banyak pun, sebelum ke sekolah dah alas perut, rehat pun tak lama, nak ke tandas lagi.. Nak makan lagi.. Kata mereka tak sempat. Haihh memanjang je tak sempatnya budak-budak ni.


Dada ayam.. Stok untuk buat nugget tapi tak sempat buat. LM salut dengan tepung ayam goreng jenama nazri buat ala-ala uncle bob. Tapi takda lah curah perasa macam uncle bob tu.. 

First time guna jenama ni.. Boleh tahan sedap. Sesuai untuk apit dan acha yang tak suka pedas.kalau adik ad dan ummi yang suka pedas LM lebih gemar guna tepung jenama bestari hot and spicy. Lebih pedas... 

Bagi yang tak suka guna tepung segera, kalian boleh olah sendiri tepung jagung+garam+lada hitam+lada sulah. Ikut citarasa kalian. Biasanya LM buat tepung tu campurannya begitu lah.. Ada stok tepung ayam goreng segera ni LM salutkan saja dengan tepung yang ada.

Lepas goreng LM potong kecik2,udah nak makan. Juicy.. Sedap ..nom nom nom.. 

Nampak sikit pula bekal adik ad tu, padahal banyak LM letak tadi. Kalau makan seorang senak juga perut dia rasanya. Biasanya kawan dia makan sama.. Tapi bila ummi letak banyak sangat kawan tak tumpang makan adik ad bisinh pula kata letih nak menghabislan makanan.

Acha...macam biasa lah takut sangat kena makan banyak. Dia dah pesan awal-awal nak bekas yang kecil. Ramai orang kata dia gemok sebab tu dia malas makan banyak. Alahai anak..hujung tahun nanti baru nak masuk 8 tahun. Dah risau pasal gemok? Ummi dah 34 tahun ni tak kisah pun demok ke tembam ke..hahaha.

Nota kaki:jangan terkejut tengok bekal anak2 ki sedikit, mereka memang tak makan banyak pun..balik sekolah nanti isi lagi perut sebelum ke sekolah agama. Kalau makan banyak adik ad tu asik mengantuk je.
www.tips-fb.com

3 comments:

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Yang penting perut mereka tidak kosong dan makanan yang dimakan terjamin kebersihannya kerana di sediakan ibu sendiri... :)

Malinda said...Reply To This Comment

ok dah tu dik...memang ada anak2 baya gini yg tak makan banyak...diorang lebih suka bermain dari makan...yg penting makan jugak dari langsung tak makan kan...sedap pulak ayam goreng gitu...dapat pulak makan panas2...mabeles

Mummydearie said...Reply To This Comment

Bekas anak-anak saya macam yang di kanan tulah, LM tapi memanjang dan ada dua section. Lagilah sikit portion makanannya sebab satu portion lagi untuk buah! Anak-anak saya pulak tak suka renyah. Nak makan mudah aje waktu rehat. Si Adik Cute lagilah. Dia fikir kita bawakan dia bekal untuk dimakan selepas sekolah. Memanjang aje bila tanya makan apa kat tadika, dia jawab bun teacher beri. Bekal makannya balik sekolah nanti baru dia kerjakan. Lepas tu kenyang sepanjang hari!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...