Tuesday, January 19, 2016

Bento-Roti Sardin

Assalamualaikum

Pagi ni memang lambat sedar. Jam bunyi pukul 5.30 pagi. Lepas tu konon nak golek kejap... Sedar-sedar dah dekat pukul 6 pagi. Dalam mamai-mamai tu macam ternampak tadi si ayah keluar dari bilik... 

Ingatkan si ayah dah ke masjid, rupanya masih ada di bilik solat. Kalut duk kejutkan adik ad dan acha. Nak goreng nasi rasa macam tak sempat, segala jenis lauk semuanya  beku.. Maka, buatkan roti sardin sajalah.




Yang ni acha punya. Jangan tanya kenapa sikit sangat. Dia dah pesan cuma nak tiga. Kita turutkan saja.. Janji habis dah la. syafiq pun macam tu juga, kadang-kadang tu bawa bekal satu. Seketul tergolek-golek dalam tupperware. Memang di tadika ada bagi makan, LM tak kisah pun syafiq bawa banyak ke sikit, janji dia nak makan... 

Bila balik sekolah pakat duk tuju dapur cari makanan tadi. Kalau takda mulalah meraung macam tak cukup makan. Sebab tu LM jarang sangat habiskan makanan pagi dorang tu, tau sangat dah peel apit tu balik sekolah tanya makanan pagi ada lagi ke tak..

Roti sardin ni pun mujur ayah tolong buang kulit roti dan gelek roti. Kalau harap ummi yang tak sihat bisa satu badan ni ... Memang roti sapu buttercup je lah.. Ahaha.. 

Bila kalut, rasa syukur sangat sekarang ni subuh masuk lambat. Dapatlah minta bantuan ayah dalam menyediakan bekal ringkas anak2. 
www.tips-fb.com

5 comments:

Raihanah Ahmad said...Reply To This Comment

sedap tu sis

Raihanahahmad said...Reply To This Comment

boleh cuba juga nanti

Kira Sakura said...Reply To This Comment

Ehh ehh sama lah bento kita acha apit. Achik kiera pun bento roti sardin arini. Cuma x goreng je hihihi

Lisa Nurulain said...Reply To This Comment

roti sardin pun sedap kak

Mummydearie said...Reply To This Comment

Alahai, sikitnya bekal! Saya ingatkan anak-anak saya aje yang nak bawa bekal seminima boleh lepas tu balik rumah call Mommy kata LAPAR! Anak-anak sayakan, kalau takda yang panaskan lauk-pauk, tak mahu mereka makan! Takda seleralah kononnya ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...