Saturday, January 16, 2016

Bila Anak Mengemas Rumah

Assalamualaikum..

Yeayy dah sabtu. Plan nal pergi lawat kakak jap lagi. Sambil campak baju warna gelap ke dalam mesin basuh terus melipat baju yang tersadai tak berlipat semalam. Bila memilih untuk 'rest' maka adalah kerja yang terbengkalai..

Sambil melipat baju, mulut kecoh minta adik ad(10 tahun lebih) vacum dan kemas hall. Mulakan dari ruang paling hujung.. Ruang yang tempat duduknya cuma tilam dan kusyen. Jika tak arah kemas satu-satu tenpat dia cuit sana cuit sini satu pun tak siap. 

Sambil melipat sambil pantau kerja dia. Vacum pun sama, suruh dia vacum ikut tiap baris tiles agar semuanya divacum dengan teliti. 

Fuhhh lega.. Kain dua trip dah siap putar, baju dah siap berlipat, almari bilik tetamu yang sarat towel yang ditarik-tarik anak-anak dah siap lipat semula. Kenalah redha, anak-anak LM ni pagi pakai towel lain, pastu tengah hari nak ke sekolah agama carik lain dalam almari. Main tarik je sah sah kena lipat balik. Bila towel banyak sana sini ummi kutip campak dalam mesin basuh. Haaa tu salah satu sebab kenapa kain banyak tiap hari. Minggu depan ni kena buat undang-undang baru. Siapa yang campak-campak towel akan didenda cuci bilik mandi. Towel hanya boleh ditukar selepas dua hari guna. Grrrr !!! Ummi dah letih nak layan peel anak yang suka main ambik towel pastu takda disiplin main tinggal sana sini.

Kadang kala berdiam diri sebab takmo stress dan rasa tertekan selalu marah-marah. Takpe.. Next week kita buat undang-undang baru dengan carta dan ulasan sekali. Kita tengok siapa paling banyak buat salah dan bakal didenda. Kalau dalam seminggu ada sekali yang kena denda(untuk acha dan adik ad je ) kurang lah beban ummi cuci bilik mandi dorang.. Tukang cuci sambilan datang seminggu dua kali, kalau ada yang kena denda seminggu sekali pun dah kira okey. Haha... 

Malam takpe, ummi cuci tandas dan bilik mandi time ayah gi masjid. Baby memang tido time gitu. 

Denda? Kejamnya?
-tiada istilah kejam bila buat kerja sebegitu dalam kisah keluarga kami. Anak lima, ada baby.. LM sangat busy. LM memang ajar anak sama-sama buat kerja. Adik ad(10 tahun) lepas makan tanpa disuruh memang akan cuci pinggan sendiri sebab dah tau ummi busy dan banyak kerja. Tugas urus sangkar kucing, air.. Makanan dan juga ganti pasir kucing memang tugas adik ad. 

Buang sampah pun tugas adik ad cuma kalau tak sempat dia balik masjid lepas isya' baru ummi minta ayah tolong buangkan. 

Tugas tolong sidai pakaian pun adik ad juga buat dah dua tahun kot? Dulu ada kakak dia bergilir dengan kakak.

Kalau harap tangan ummi sorang, dengan baby yang tak boleh tinggal sendirian.. Siapa nak sapu dan mop lantai luar? Nak bagi orang tengok rumah kita macam rumah tinggal? Huhu.. Siapa nk belek bunga ummi, siapa nak baja pokok bunga? Siapa nak jenguk kot ada siput babi kat kebun sayur? Semua ummi..

Bila berbahagi tugas selain rumah lebih terurus, bebadan ibu juga berkurang. Anak-anak akan tau tanggung jawab mereka. Tapi tugas yang tak boleh nak suruh adalah lipat baju! Nanti tak sama macam ummi lipat jadi sakit mata ni.

LM rasa nak campak je pakaian yang dilipat ada besar ada kecik pastu susun dalam almari lintang pukang. Huwaaa tengok tu je jadik stress...

Anak kami memang sentiasa boleh main mainan terutama baby dan syafiq(4 tahun) . Takda sorok mainan.. Sebab tu kena kemas selalu. Kalau nak sorok baik takyah beli.. Jika kita tau bahawa permainan tu elok untuk perkembangan minda anak kita akan sorok gadget dan lambak bagi anak main permainan . Pastu jangan stress terpijak lego! Ekekekeke


www.tips-fb.com

2 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Hahaha! Statement yang last tu macam straight kena kat saya tau!

Bab towel tu pun saya selang sehari mencucinya. Tapi si abang ni, kalau balik sekolah, terus capai towel baru. Bila tengok kat ampaian, sampai dua towel dia pakai sehari. Katanya dah buka baju, tak sempat nak ambil towel yang Mommy jemur. Biasalah tu. Kalau Mommy ni ada di rumah, towel dah siap-siap letak kat bilik air untuk diguna. Kalau Mommy takda, memang kacau-bilaulah mandi tak bertowel!

Kira Sakura said...Reply To This Comment

Sama la kak. Walau skang baru ada uwais sorg je yg dah lahir. Kira dah train dia sikit2. Lepas makan letak bekas dalam sinki. Buang sampah dalam tong sampah. Ambik kain lap bila tertumpah. Ambik botol air sendiri. Tolong masukkan baju kotor dalam mesin. Walau nampak remeh je benda tu kita boleh buat tapi nak biasakan dia dari kecik. Xde la nanti bila dah besar kita yg berbulu mata tgk semua benda kita nak kena buat. Biar la org nk kata ape pun. Esok2 yg nak disalahkan bila anak mcm kurang didikan kitaaaaaaa ni jugak.

Menan pun sama. Biasa mmg bagi je dia main sepah2. Kalau beli sudahnya simpan baik xyah beli kan ekekeke. Cuma kadang bila xlarat sgt nk kemas. Simpan separuh hihihi :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...