Friday, January 15, 2016

Bila Jumaat

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bertemu hari jumaat lagi kita minggu ini. Allah beri peluang kita hidup hingga ke saat ini, syukur.

Bila hari jumaat,LM tak fikir apa dah kecuali..

1.kena ambik syafiq dari tadika awal(11.30)
2.malas nak masak .. (Mood hujung minggu kucar kacir)
3.esok boleh jumpa kakak maisarah kat asrama.(kalau esok bukan minggu outing kami lawat saja dan ambik baju sekolah dia gosok kat rumah,ahad nanti hantar semula).
4.seminggu tak keluar ..esok dapat tengok dunia luar..yeayy!!!

Bila fikir-fikir ye jugak., tahun ni isnij hingga jumaat dunia LM hanya kat rumah . Keluar ambik syafiq dari tadika(selang dua baris je dari rumah). Lepas tu hantar atau ambil anak sekolah agama(lotong sebelah je..(tu pun kalau anak gi naik basikal memang tak keluar la)

Ikan ke.. Sayur ke.. Ayah yang beli. Maka, memang LM tak keluar rumah langsung. Tak yah la nak kata gi pam minyak ke, pos laju ke.. Tak jual apa dah sekarang ni. Fokus pada family. Tugas banyak hingga tak cukup jari nak urus. 

Hujung minggu sabtu lepas sarapan terus jenguk kakak.. Pastu balik.. Ahad pun sama juga jenguk kakak sebab boleh  lawat dia sampai jam 6 petang. 

Boring?
Orang yang boring tu orang takda kerja. Tak tau nak buat apa. Ni ha kerja menimbun memang tak pernah ada istilah boring la . Sape boring meh tolong LM cabut rumput ke, lap lampu ke.. Lap cermin ke.. Mop depan umah ke.. Meh meh.. Paling best kalau ada yang nak tolong gosokkan baju. Hehehehe
www.tips-fb.com

2 comments:

Yana Libra said...Reply To This Comment

mmg x sempat nk rehatkan..huhu..kalo sy rehat maknanye pinggan mangkuk x berbasuh, bj x lipat, dll keje umah x buat.. :P

Mummydearie said...Reply To This Comment

Mehlah hantar pakaian yang nak digosok tu ke rumah saya, saya 'bisa' uruskan buk ^_^

Hahaha! Kalau dah weekdays duduk rumah, haruslah terasa sedikit mengada-ngada dalam hati tu nak keluar di hujung minggu. Kalau saya macam tulah. Tapi disebabkan kita ni bekerja, adakalanya teringin jugalah hujung minggu tu nak lepak santai kat rumah aje. Makan, tidur, makan, tidur aje. Kalaulah boleh, best juga!

LM, ni nak tanya...si kakak tu sekolah kat mana? Tiap-tiap minggu pergi melawat anak ya? Macam dekat aje bunyinya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...