Sunday, January 10, 2016

Busy

Assalamualaikum..


Busy...
Tak pernah kot LM taip diri bosan tak reti nak buat apa, memanjang je busy nya.. Nasib diri..uhukk

Hari ni lepas cuit itu cuit ini terus je bersiap pergi sarapan. Lepas sarapan plannya nak ke rumah blogger hebat yana memenuhi undangan majlis aqiqah baby Zafran. 

Macam biasa lah sarapan tosei je LM share dengan syafiq. Air pun share dengan syafiq. Sebelum ke rumah yana di bangi singgah dulu PKNS beli al-Quran baru untuk acha, buku-buku cerita anak dan kelengkapan kakak maisarah yang tak pernah cukup tu. dah beli stokin hitam nak yang panjang pulak, nak stokin tangan hitam pulak.. Aduhai anak, daku turutkan saja lah.. Anggap saja duit macam dedaun gugur berterbangan. Sepasang memang la murah, dah kalau beli 5 pasang tiap satu tak ke glurp glurp telan air liur jugak. Ummi punya lagi, anak tudung acha lagi.. Hambek !!

Lepas dorang bertapa kemain lama dalam kedai buku tu terus saja kami ke rumah yana..


Tak lama pun kat sana, baby ariz dah merengek. Makin panas cuaca memang dia makin tak boleh diam la. sebab dah mula berpeluh .. Ruam dia dah naik pedih la kot. 

Tq yana sudi undang kami, alhamdulillah dapat jumpa borak kejap ngan yana dan ujang(suami yana blogger juga). 

Masuk je kereta menjerit-jerit baby ariz kepanasan sampai lah terpaksa buka aircond sekuatnya nak bagi dia cool. Dia dah diam baru bagi susu dan terus dia terlena. Ayah ajak makan cendol pun ummi tolak .. Bungkus je la sebab tak sanggup nak berpanas kat luar tu. kesian bany eczema ni. Diri sendiri pun eczema so... Tau sangat pedih dan merenyam sakit ruam yang kena panas dan peluh tu.

Balik kat rumah terus menyidai baju yang tersadai dalam mesin tu.. Rasa nak merangkak menyidai time matahari tegak atas kepala. Mujur hero ummi bantu.. Tq adik ad.. Muah muahh tu yang sayang sangat tu ada anak hero yang rajin. Kalau kakak ada, mereka berdua yang sidai, ni kakak dah takda kenalah kami berdua yang buat.. 

Petang pula sibuk melipat baju yang hari semalam punya tak berlipat, kain untuk digosok sampai menimbun dua bakul tak tau bila nak mula gosok. Huwaaa





www.tips-fb.com

4 comments:

Hana Hadi said...Reply To This Comment

Ok maid diperlukan.hehehe

LM said...Reply To This Comment

Tobat!! Takkan beli indon atau sesiapa saja dlm umah. Baik buat sendirik dari sakit jiwa. Huhu

cikel said...Reply To This Comment

Salam..rupa kakLM mcm zara zya versi tudung..huhuhu..cantik.. :)
Smlm mmg panas bebahg..baju sidai pukul 11 pukul 1 dh kering..hahah..

Yana Libra said...Reply To This Comment

bznye...kesian baby eczeme..moga cepat2 ok ye :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...