Saturday, January 2, 2016

Form One

Assalamualaikum...

Hari yang agak meletihkan. Pagi tadi bawa anak2 sarapan dulu sebelum hantar maisarah ke asrama.

Baju dan buku katanya semua beli di sana. Kami sampai hampir jam 11 pagi. Datang awal konon nak cop katil bawah.. Hihi


Tuan tanah kedaung di apit acha(ank ke tiga) dan kakak(sulung). Nak jugak bergambar kat katil tu merenyukkan cadar org tu ha..



Adik ad tolong pasangkan cadar, tolong kemaskan almari pakaian kakak juga sementara kakak dan ayah gi beli buku dan pakaian sekolah.

Ada buku yang habis stok, terpaksa ke bangi mencari buku.. Makan sekali kat sana. Tapi tak cukup dua buah buku lagi. Kena tunggu la jawabnya..

Dalam pukul 3 petang tinggalkan dia. Terpaksa tinggalkan awal sebab nak uruskan persekolahan syafiq pula yang mula pukul 2 petang sebenarnya. Sempat ambik baju je la takda taklimat. Sampai dah lewat katanya...

Air mata tetap meleleh sebab... Bila tengok dia menangis lepas ayah dia kiss dan peluk ummi pun nangis sama. Walau maisarah dah warning banyak kali jangan nangis tau! Haha  tapi dia yang nangis, ummi tumpang meleleh la kejap. Pas nangis carik air, babai babai dan terus balik. 

Alhamdulillah selesai untuk hari ini. 9 hb pula ada program untuk ibu bapa dan penutup minggu orientasi. 


www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...