Saturday, January 30, 2016

Hari Cuti Yang Meletihkan

Assalamualaikum

Hari ni sabtu! 
Yeayy cuti...

Tapi, biasalah. Bila cuti, tak bermakna duduk terbaring kat rumah tanpa aktiviti. Segala benda nak dibuat time cuti. Hari bekerja memang la tak sempat nak ke sana sini urus segalanya.

Dari pagi dah plan nak ke situ ke sini, buat itu buat ini. Try send msj lat mak(kakcik juairiah blogger hebat sorang ni). Kot la sempat nak breakfast dengan dia. Tapi ...jam lapan pagi dia dah gerak balik dari pasar borong. Tak sempat la nak bertentang mata dengan mak.

Siapkan anak- anak, terus bawa mereka bersarapan. Siap sarapan nak lawat kakak kat asrama masih awal lagi, sebab waktu melawat hari sabtu selepas pukul 11 pagi. Maka kami terus ke cheras dulu pergi hantar water jet untuk repair sebab rosak dalam waranty ... Bertabah je la meredah jem ya teramat menguji kesabaran. 

Lepas tu terus ke bazar tepi UNITEN. Ayah je yang beli itu ini.. Ummi dan anak-anak duduk dalam kereta je. Panas... Tak larat nak turun dari kereta.



Lepas ayah beli itu ini terus ke asrama kakak... Makan kat cafe je sambil borak kejap. Macam biasa, adalah yang kakak ngadu. Cermin mata patah, sepanjang minggu gastrik. Pesan nak gaviscon bla bla bla.. Ummi pun bebel suruh makan je walau dia tak suka makan ikan, bla bla bla.. Berbakul la bebel kat dia.



Ada briyani ayam, kambing, soto.. Air coklat, latte.. Cendol, putu bambu.. Segala atuk nenek ayah beli:)

Angkut baju kotor kakak yang tak sempat cuci semalam, kasut sekolah dan sport shoes. Satu beg la juga. Towel dan uniform sekolah semua dia dah cuci sendiri. Rajin sangat nak cuci kat sana, dah pesan biar ummi cuci, nak juga dia cuci berebut sinki kat sana. Huhu


Kejap je dapat jumpa, azan zuhur terus kakak ke masjid, ayah dan anak-anak lain turut sama solat kat masjid sekolah. Ummi dan acha je jaga baby kat cafe. 

Lepas tu konon nak balik. Tapi teringat pula tadi dia ngadu tudung hitam boleh pakai satu je, yang lain tak 'lulus' guna sebab paras pusat dia je. Kena lebih labuh. Maka ngadu kat ayah, pusing pula ke dengkil belikan tudung dia. Plan awal nak beli kain je nak jahit sendiri. Tapi bila ada dah siap dan murah sambar je lah dua helai. Tudung hitam guna untuk prep dan outing je sebenarnya.

Sempat ayah sambar basikal acha sebijik. Sian acha ke sekolah agama bawa basikal lama dah macam kartun. Basikal tu beli dulu zaman dia umur tiga tahun lebih.. Sekarang dah lapan tahun.. Basikal dah sama saiz ngan basikal apit dah.. Huhu.

Angkut la basikal tu masuk myvi. Berhimpit-himpit la anak-anak, kejap-kejap gaduh. Sampai je rumah ayah melayan acha test basikal, ummi lelaju mandikan baby ariz yang dah ngamuk kepanasan. Ayah la yang gi repair cermin mata kakak. Tak larat la ummi nak keluar masuk lagi. Penat sungguh. Anak-anak ni masih tak habis bateri lagi. Gigih main basikal memusing sana sini. Ummi tersadai depan tv tengok go shop sambil memikir "eh boleh beli ni".. Ehehehe.

Nota kaki: penat sungguh... Sobss



www.tips-fb.com

5 comments:

cikel said...Reply To This Comment

Salam..mungkin kak LM bole bagi anak akak makanan yg simpan tahan lama..dulu sy duduk asrama jugak..dan selalu je ada menu makan yg sy tak makan..jd sy akan pastikan stok makanan sy full dgn biskut,cereal, air 3 in 1, megi, bubur n bihun instant,nutella, peanut butter, tuna (bila nak makan beli roti high-5 kat koperasi), goodies mcm cloud9, ..bila menu yg sy tak makan or tak bole makan sy just makan makanan apa yg ada dlm stock..mmgla tidak kenyang mcm makan nasi..tp sekurangnya tak berlapar sampai sakit perut..sy pun ada gastrik..lagi la sy ada sakit chrons ni..tak bole biar perut kosong..
Ooohhh..goshop tu mmg berhantu..asal tertgk je mesti berkenan nak beli...hehehe..

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Comel je LM...kulit cantik..
Best lyn ank dok asrama..
Rin blm ada lg pengalaman tu...

adeQ said...Reply To This Comment

Salam kak LM... maaf sbb asik nyebok je kat blog akak.. sy suke nak share pengalaman bab2 asrama sebab umur sy ngan kakak maisarah masuk hostel same kann..

Kalau pasal makanan... ade hari mmg lauk xsdaappp kat dewan makan.. sy pon boleh thn la memilih.. thats why mama saya belikan saya biskut oats yg coklat.. mmg stok bisskuuttt, kurma, kacang2 campur yg kedai2 arab tu.. ade zaitun.. buah tin.. coklat bar.. ahaha.. mmg seronok...
tp kan kak.. makanan dewan makan ada hari mmg x sdap.. tataw macam mane laaa saya boleh thn 5 tahun makan menu same.. ahahaha..

hainom OKje said...Reply To This Comment

Cantiknya awak LM....
Kakak biasa masakan ummi yg sedap kat rumah, tu yg dia tak lalu nak makan kat asrama.

Duduk sekolah agama ke LM?

Mummydearie said...Reply To This Comment

Amboi, LM! Lagi ditenung, lagi muda ^_^ Tak sangka anak dah lima tau! Hehehe! Eh, puji ikhlas ni bukan main-main!

Hai, dapat juga membelek barang kat goshop yerk! Entah apalah yang nak dibeli tu. Saya pun rajin betul menonton go-shop tu, LM. Macam-macam terfikir nak beli cuma worth dengan tak worth aje yang buat niat terbantut!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...