Tuesday, January 5, 2016

Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih bernafas lagi pagi selasa yang damai ini. Dada sesak merindu pada insan yang jauh dari mata terpaksa disisip di sudut hati ini.. Moga dirinya baik2 saja di sana, amin
 
Pagi ni, memang tak larat bangun awal macam last year 5.20am buat bekal. Alarm biol tiap sejam berbunyi, dah tutup dia berbunyik lagi. Maka lepas pukul 3 pagi LM matikan terus off alarm tu. harap handphone ayah saja berbunyi untuk bangun pagi, tu pun 5.30 pagi sedar alarm berbunyi, pukul 5.50 pagi baru gagah bangun.

Kejut adik ad dan acha. Terus ke dapur perah otak nak masak apa untuk bekal.Rasanya french toast paling cepat kot?buatkan lah untuk mereka berdua french toast. Aur milo sorang secawan. Lepas solat subuh elok je dua beradik tu bersarapan.

Hari ni agak lewat bas sampai, dalam 6.45pagi kot.. Layan syafiq merepek kata demam la, batuk la... Sambil diri sendiri  berselubung tahan sakit dada batuk teruk dan sedikit selesema. Tak pasti lak demam ke tak.. Huhu. Diri sendiri takleh demam sebab banyak kerja menanti!

Akal dia panjang... Merepek kata demam sebab malas gi sekolah la tu. memula kata ngantuk, pastu demam, bila LM kata nanti doktor bagi ubat masuk montot kalau demam terus baik demam dia.. Ekeke.

Mujur dia nak ayah mandikan, tu pun dia minta dukung. Kata tak larat. Sambil keluar bilik nak carik baju sekolah dia LM kata..."abang campak je dia dalam bathtub tu.."ummi dah bengang layan merepek dia pepagi. Laju je dia bangun.. Masuk bilik lepas tu tengok ayah dah siap mandikan dah. Haha padan muka syafiq, ummi dah malas nak layan merengek dia. 

Dah segar, takda merepek lagi dah, sibuk suruh hantar sekolah cepat.. Takda drama air mata.. Fuhh lega. Lepas ayah balik pas baby kat ayah kejap sementara LM berkejar kopek bilis buat nasik goreng kampung untuk ayah gi kerja. 

Eh, baru perasan takda stok kangkung dalam esbok. Lelaju gi tepi bilik adik ad petik kangkung sikit. Kalau takda kangkung cam bukan nasik goreng kampung la pulak nanti.. (Padahal diri sendiri ni kalau takda sayur nanti sembelit.ehehe)

Ayah dah gi kerja, baby pun dah tido, masa ni lah nak masuk opis. Kain nak bersidai, baju sekolah agama acha pun tak gosok lagi. Si linda(part time maid) kata nak dtg pagi tup tup sms pagi tadi kata tak boleh datang, cisss!!! 

Maka bertabah la mengiron baju dua bakul tu jap lagi. Apa pun syukur, semua berjalan lancar. Moga kesihatan diri bertambah baik, batuk cepat hilang dan selesema cepat baik. Gatal tekak rasa cam nak garu pakai garfu je ni. Hihi..


www.tips-fb.com

1 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...Reply To This Comment

Syafakillah LM..
Batuk la ni lambat betul nak sembuh kan LM..
CH pun macam tu lah.. batuk selsema tu ada lagi..

Mujur ada tanam kangkung tepi rumah tu ye LM..
Kalau CH tu.. taram jer letak sayur apa.. janji ada sayur hahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...