Sunday, January 31, 2016

Hari Outing

Assalamualaikum..

Hari Ahad, seperti biasa adalah hari outing kakak. Bangun pagi LM urus baju, mencuci dan melipat kain dua bakul yang tak berlipat semalam. Ayah pula meracun kat kebun, lama tak jenguk kebun dan semak katanya...

Lepas ambik kakak terus bawa dia sarapan. Dia takmo makan kononnya kenyang dah makan tadi. Tapi, bila tengok roti canai sedap tu terus dia terliur. Dia tumpang order roti bom. Hihi.. Roti canai melayu kalau sedap tu memang bonus la kan? Makanya... Tiap minggu LM nak gi makan kat situ, nyumss.

Sebelum sampai rumah terus beli sikit lauk dan barang yang kakak nak. Pencuci muka lah, nak coklat lah, ummi paksa beli biskut lah.. Nutella ada lagi maka top up roti je.. Dia nak ribena lah.. Angkut la nak, janji awak tak gastrik kat sana.

Lepas tu terus bawa kakak gi klinik.. Memang teruk gastriknya... 

Ayah beli ayam.. Suruh buat nasi tomato. Ummi ni liat sikit nak memasak sabtu ahad. Ahahaha.. Ayah la kena turun ke dapur sama, tengkuk dan bahu kiri LM salah urat sampai nak angkat tangan tinggi pun tak boleh. 

Kakak tolong sidai kan baju yang belum bersidai tadi sementara ummi ayah masak. Pas zuhur dah dapat makan, selera betul ummi makan bila kakak ada depan mata. Anak sebulan kat asrama tak homesick ummi pulak yang merindu sampai susut berat badan dan tak lalu makan. Makan sehari sekali tu pun sebab paksa diri. Uhukk

Kakak pun makan dengan penuh selera.. Sian kakak.. Lama tak makan ummi masak. Bak kata ayah, ank balik seminggu sekali(outing memang kami bawa balik umah jap). Asik makan luar je. Dah la tak sedap. 

Ekeke.. Ingatkan lidah LM je rasa masakan luar tu tak sedap pun.. Kalau masak yang canggih2 tu kira okey la berbaloi makan kat luar. Ni takat ayam berempah, gulai itu ini, aduhaii lauk dari dapur ummi lagi sedap kot? Tapi malas nak masak tu yang ke sana sini pastu singgah makan kedai je tiap minggu camtu lah . 

Lepas makan LM dah terbaring letih. Berdenyut betul bahu dan tengkuk ni. Dengar kakak mencuci pinggang kelentang kelentung.. Sempat la jerit suruh biarkan saja nanti ummi buat. Suruh dia rest tido je.. Tapi ummi yang tido.. Bangun-bangun tengok dia tertido, jenguk dapur sinki dah kosong. Ekeke.. Tq anak dara(eh 13 tahun anak dara sunti  la kan..)

Dia kata nak gerak ke asrama pukul 4 lebih. 4 suku gigih la LM ni gorengkan pisang goreng cheese dan keropok lekor. Siap dia angkut masuk tupperware lagi tu. selera dia makan. Kembang kuncup hati ummi. Dari kelmarin nak buat tapi tunggu dia balik sebab tau dia suka sangat pisang goreng cheese.

Lepas ayah balik masjid baru hantar dia,5:30 petang jugak la kot? Dengan hujan lebat baby ariz tido atas riba. Adik ad la yang tolong payungkan kakak ke bangunan asrama. Mujur baju yang dah siap gosok tu LM dah hantar masa ambik dia outing tadi. Kalau tunggu petang habis la basah uniform tu.

Balik kejap dah nak masuk mgrb. Anak yang bertiga tu kemain best main basikal. Ummi dah habis tenaga, dah bip bip bip macam ultraman hilang kuasa. Ehehe.

"Kata nak gi ceramah?" Ayah tanya. Erkk..tak larat la nak gi ceramah kat masjid malam ni. Esok la kot, insyaAllah..

Letih... 
Tapi hati gembira dan puas dapat sediakan semuanya untuk si anak. Tengok dia makan rasa nak senyum meleret...

Nota kaki: dorang ni masih lagi minat masakan ummi. Bagi lah lauk mahal kat kedai tu tetap dia lebih berselera makan masakan campak2 air tangan ummi dia yang pemalas dan tak pandai masak ni. Semua anak camtu kan? 
www.tips-fb.com

5 comments:

hainom OKje said...Reply To This Comment

Mesti sedap masakan ummi LMkan....
LM duduk dengan mak ke?

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

air tangan mak memang sedap awak..walau pun ikan goreng je...

Yana Libra said...Reply To This Comment

betul tu kak..mskn ibu tetap plg sedap..huhu

adeQ said...Reply To This Comment

Sy yg da kawen pon kalau balik umah mama saya pon mmg nk mama masak.. ahahaha.. masakan ibu paling sedaaappp

Mummydearie said...Reply To This Comment

Memang macam tulah kot, LM. Samalah macam saya ni bukan pandai masak sangat tapi anak-anak memuji kita masak sedap sampaikan kakak saya yang pandai masak pun kalah! Pelik tapi benar. Hahaha!

Setakat nak makan nasi putih dengan lauk-pauk memang kat kedai tak berapa in lah anak tekak. Walaupun masak simple-simple aje, masakan kita rasa lagi best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...