Monday, January 4, 2016

Hari Pertama Sekolah

Assalamualaikum..

Hari pertama sekolah. Kelam kabut cam nak tercopot jantung. 

Sedar-sedar dah pukul 6.15am. Erk????

Lelaju kejut adik ad dan acha suruh mandi. Lambat pula sedar bila dikejut manja, kena gegar lebih sikit baru dorang sedar. 

Sambila mereka mandi, terus siapkan hot dog saja untuk bekal, tak sempat nak goreng french toast.. Dah gigil-gigil tangan nak cepat. Lelaju bancuhkan nestum. 

Mujur acha dah pandai urus diri sendiri, siap berpakaian tanpa kain senget benget macam tahun lepas. Dah masuk darjah dua pun...

Acha tak banyak kerenah, lepas solat subuh terus dia sarapan. Adik ad nampak huru hara sebab last year dia sekolah sesi petang, pagi gi sekolah agama jam 7 suku tak la seawal tahun ni. 

6.35 am bas pun sampai.. Apit pula bangun bersiap. Tak perlu kejut.. Terus sarapan dan mandi sendiri. Takda drama air mata.. Alhamdulillah.. Moga kekal positif tiap pagi tanpa air mata ye anak2.. Ummi lemah kalau anak meraung pepagi ni..

Hantar syafiq sekolah rupanya tak mula lagi hari ni. Gara2 tak pergi taklimat sabtu lepas sebab hantar kakak ke asrama la ni. Kami sampai lambat ambik baju dan bayar yuran je. Terus gi sarapan... 


Ummi ayah tak gi sekolah rendah pun, kena bayar PIBG je rasanya. Nanti adik ad tolong bayarkan.. Takda hal. 


www.tips-fb.com

3 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...Reply To This Comment

Mula2 buka sekolah macam tu lah LM..
Byk juga yg kelam kabut..
Akak pun tadi smpi sekolah dorang dah pukul 7.40am..
Nasib ada lagi 5 minit masa tu..

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Eh.. sama dgn sek nazif.. pun tak mula jg arini.. masa htr td pun dh pelik kenapa buka lambat dan ada yg htr anak masa tu cuma kami.btiga je

Yana Libra said...Reply To This Comment

kelam kabut ye hari pertama skolah..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...