Thursday, January 28, 2016

Ikut Kau Lah!

Assalamualaikum...

Ikut Kau Lah!

Terima kasih buat kalian yang mendoakan kesihatan LM. Alhamdulillah dah sihat dah.. Cuma 10-15% je belum pulih sepenuhnya. Masih ada lemau-lemau.. 

Tapi.. Dah tiga hari tengkuk ni sakit. Puncanya mungkin salah urat tido bantal tinggi masa susukan baby ariz. menjadi-jadi pula sampai ke hari ni. Nak sujud punya lah sakit. Terasa gelap dunia bila sujud. Kena urut lah kot sebelum melarat...

Bila tak larat memang lah memerlukan bantuan. Ikut jadual akak cleaner part time maid tu datang hari ni. Tapi awal-awal lagi pukul 6 lebih tadidia dah sms kata tak datang. LM tak reply pun.. Malas nak fikir. Ikut kau lah! 

Macam LM kata, dia punya kerja bagus, cepat pun cepat. Sebab tu LM masih guna khidmat dia. Tapi dia ni ikut suka dia je lah nak datang ke tak sejak akhir-akhir ni. Dulu masa kenduri aqiqah baby lagi sebulan nak kenduri LM dah cakap nak dia datang kerja . Tiap minggu ingatkan dia..Tapi bila tunggu pagi hari kenduri tu dia sms kata tak dapat datang. Memang LM tak tanya kenapa? Mengapa? Malas.. Dia lah yang cakap datin tu marah dia tak masuk kerja umah datin tu bla bla bla.. Dulu kau janji ada kau cakap datin tu punya jadual memang sabtu. Saya tak boleh kerja sini masa kenduri tu. ada cakap gitu? Dia memang suka bagi tau last minute. 

Sekarang ni LM lantakkan saja. Tak larat buat daku biarkan saja. Asal ada baju sekolah yang nak dipakai anak-anak dah la. LM gosok la slow-slow.. Vacum dan lap la sana sini ikut sempat. Kononnya dia datang seminggu dua kali tu dast selesaikan kerja tertunggak. Tapi dia dah buat perangai malas la LM nak bising-bising. Dasar orang sana memang cakap gemar putar belit. Nyampah tau!
www.tips-fb.com

3 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...Reply To This Comment

Ye la LM..
Masa kita tak sihat ni lah , kita harap dia datang buat kerja rumah tu...
Tapi asyik berdalih tu yg tak tahan..
Mahu tak menyampah ye :)

Yana Libra said...Reply To This Comment

bila buat baik, camtu plak dia balas ye..cari orang lain je lah..huhu

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kerja bagus pun kalau perangai menyusahkan orang, tak payah guna lagilah khidmatnya, LM. Rasanya tanpa pembantu separa masa ni pun, LM masih boleh survive lagi uruskan rumah dan anak-anak. Kitakan spesies supermak ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...