Tuesday, January 19, 2016

Ini Memang Hero

Assalamualaikum
Ini Memang Hero!!
Petang semalam masa ummi buatkan sambal hitam untuk ayah dia, dia merangkak laju dan tersembam. Dagu luka!!


Bila abang dia dukung dia terus diam. Memang Takda siapa tau dia luka. Ummi belek2 baru nampak luka kat dagu. Habis baju tido dia kena darah pada bahagian leher baju.

Pagi ni masa ummi sidai baju dia ikut ayah dia masuk bilik solat. Ayah dia solat sambil bukak kipas duduk. Dia hulur jari ke kipas. 

Masuk je rumah tengok ayah dia tengah sapu minyak gamat kat jari dia. Dia tunggu je macam takda apa-apa. Haish anak.. Nak tunjuk hero ye dik? Luka sana luka sini. Ayah kata "biasalah tu.." Ummi pula kalau boleh takmo anak luka dan terdedah pada bahaya. 


www.tips-fb.com

4 comments:

Suriaamanda said...Reply To This Comment

Budak tgh melasak...boy plak kan...

Mummydearie said...Reply To This Comment

Aduh! Ngerinya... kalau sayalah tu memang tak senang duduk jadinya! Tapi biasalahkan bapak-bapak ni, suka depa kalau anak berlagak hero. Barulah anak bapak katanya!

Tapi Baby Ariz kecil lagilah sayang nak berlagak hero. Tunggu besar sikitlah yerk!

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Itu lah beza mak dengan ayah..hahaah...saya kalau anak luka ke jatuh ke mula nak marah nak bad mood ..tapi ayah rilek je..urut2 sikit, tiup2..sambil cakap..Biasa la anak jantan..sekarang mikahil pun kalau jatuh ke apa , bila kita marah sebab tak hati2 dia akan kata.."biasa la..anak jantan.."

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Alahai..sian ariz.. naim masa kecil penah jg luka kat dagu.. siap berjahit 3 lg..sb besar lukanya kena bucu meja kaca tempered glass.. masa tu nangis je sy tgk naim meronta dan tahan sakit masa kena jahit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...