Monday, January 18, 2016

Jangan Banyak Bebel

Assalamualaikum...

Rasanya segenap isi rumah ni dari si ayah sampai ke anak dah tau si ummi memang suka membebel kalau ada yang tak puas di hati. 

Harap lepas ni ummi boleh ketap bibir rapat-rapat elak mulut laju nak membebel tak habis-habis.. Ehehe.

Kisah kakak hilang anak tudung dan stokin pastilah ummi stress.. Sah -sah berbaldi ummi bebelkan. "Semua tu duit, bla bla bla camne boleh hilang bla bla bla..". Penyelesaiannya tak payah la awak cuci pakaian kat asrama tu kakak! Selain jimat tenaga dan masa awak, ia dapat mengurangkan risiko barang aqak dicurik. 

Anak pasti stress barang hilang, ummi stress sebab kena beli lagi nak keluarkan duit. Maka ummi bebel macam boleh miskin kalau belikan lagi anak barang tu . Tapi.. Kalau tak bebel nanti anak tak tau semuanya perlukan duit, kena jaga barang dengan cermat, bla bla bla.. Ye tak? 

Harap anak faham kenapa umminya rajin membebel bila barang dia hilang di asrama selain membebel tu memang dah jadi hobi ummi dia. Ekeke.

Agak-agaknya orang yang selalu bercakap kalau dia diam boleh tertekan tak jiwa dia ye? Ke mana LM nak salurkan bebelan tu ke arah yang lebih positif? Bagi pengikut fb LM, korang memang dah tak nampak sebarang posting sejak akhir- akhir ini. Kalau dulu sehari 4-5 kali sejak seminggu ni nehi ye.. Takda. Kita kurangkan perkongsian agar kurang dosa katanya.. 

Kalau share gambar anak katanya mengguris hati yang takda anak. Share bekal anak katanya riak tunjuk macam la rajin sangat. Share masakan riak macam la dia je pandai masak. Share info percutian katanya menunjuk mcm la byk sangat duit bercuti sana sini. Padahal dulu LM dapat idea nak ke krabi tengok doktor aisyah share anniversary kat sana dan uss tu tengok kak hanis azla(kak fea) bawa ank dia lepas upsr kalau tak silap ke sana.  Hidup ni berputar.. Ingat lagi dulu pernah nampak orang asik up pasal kitorang share pasal anak dan masakan. Bila dia post status tu terasa la juga. Tup tup sekarang dia lak share masakan dia dan kisah anak dia. Wawaweeee.. Dunia berputar kan? Dulu ngata orang sekarang bila diri sendiri buat pasti lupa dulu pernah kata pasal orang lain.kan? 

Kita fikir positif dah la.. Orang share sekadar nak berkongsi idea. LM sendiri jenguk wall orang intai menu mereka untuk hidang pada family. Mencari idea dan kelainan.

Macam maisarah ni.. Harapnya bebelan ummi tu jadi satu nasihat buat dia agar lebih teliti menjaga barang dia. Sakit oi dengar orang bebel. Tapi .. Tak bebel payah la pula nak nasihat. Ehehe..nak bebel kat fb up perkongsian itu ini lagi payah sebab ramai sangat ustazah instant sekarang ni.. 



www.tips-fb.com

3 comments:

Yana Libra said...Reply To This Comment

betul gak tu kan..kalau kurang bebel di fb, kurang skit nk terjebak ke arah dosa..tp kalau sharing yg hepi2 xkan xleh kan..huhu

saya mmg jenis yg x share pape di fb, tp sy suka baca post org..hhe..yg positif je la

Kira Sakura said...Reply To This Comment

Bebel dan perempuan mmg susah nak berenggang ekekeke. Sama la kita kak hihihihi.

Share post ty sebenarnya terletak pada hati org yg membaca tu jugak. Klu hati org tu tak berapa elok. Memang apa yg dia baca jadi negatif la citenya. Kalau hati dia elok semua benda nanti takde nk jadi hal lagi

Mummydearie said...Reply To This Comment

Ish, tak bolehlah kalau nak senyap aje! Saya pun suka membebel kat rumah sampai HD 'halau' pi kerja ajelah, jangan dok rumah. Asal balik aje kerja, ada aje itu salah, ini salah. Bosan dengar bebelan kata mereka tiga beranak berpakatlah tu nak menjatuhkan kita ^_^

Hidupkan bagai sebuah roda. Kejap kita di atas, kejap kita di bawah. Okeylah tu. Kalau sentiasa di bawah susah juga. Asyik nak komplen. Kalau sentiasa di atas pun susah, asyik nak bongkak! Kalau berkongsi sesuatu di media sosial tu kita niat nak berkongsi, bukan nak riak. Kalau orang kata kita riak, yalah kita terima aje. Nak gaduh-gaduh di media sosial ni macam perangai retis-retis murahan jerk ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...