Friday, January 29, 2016

Jatuh Basikal

Assalamualaikum...

Masih terasa pedih di hati ni sampai kini bila terkenangkan acha jatuh basikal petang semalam masa nak pergi sekolah agama. 

Memang sekolah dia tu kat bawah... Rumah kami atas bukit. Biasanya okey je dia berbasikal dengan abang dia ke sekolah. Tapi nak malang semalam dia terlanggar bendul/batu besar  di tepi parit dan tertungkup. Pecah bibir.. Luka bahagian dalam mulut. 

Paling sedih dan tak boleh maafkan diri, bila mana handphone ummi takda bateri. LM memang jarang sangat cas handphone, takda siapa nak call pun. Tapi.. Bila kecemasan, ustazah call ummi sah sah tak dapat. Maka, ustazah sapukan dia minyak gamat je.

Balik je rumah tak sempat letak beg berjela-jela si abang(11 tahun cerita). Dengan air habis tumpah, tudung penuh darah... 

"Takpe... Acha dah baik dah!" Dia jerit dari luar. LM cool je teruskan memasak sayur. Lepas tu terus gi intai dia. Tengok luka kat bibir dia.. 

Elok je dia minta nasi bila nampak ada lauk telur masak kicap. Makan bertambah penuh selera macam takda apa-apa. 

Hati ummi sakit! Sakit sangat sebab tak dapat ambik dia bawak balik lepas dia jatuh. Tobat, pasni akan as handphone kalau anak-anak berada di luar rumah:(
www.tips-fb.com

3 comments:

Yana Libra said...Reply To This Comment

aduuui...sakitnye..tempat sensitif tu..moga cepat sembuh luka tu..

LM said...Reply To This Comment

Tu lah yana, td dia ngadu lg.. Sakit katanya

Mummydearie said...Reply To This Comment

Aduh, sakit tu! Nasib baik Acha cool aje. Itu yang dapat basikal baru ya, LM ^_^

Telefon saya memang sentiasa bercas, LM. Tak pernah saya biarkan kurang dari 50% baterinya apatah lagi bila tak nampak muka anak-anak. Walaupun takda siapa nak telefon, lebih baik LM make sure sentiasa bercas telefon tu. Risaukan anak-anak aje. Missed call orang lain, missed pun missedlahkan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...