Thursday, January 14, 2016

Kehilangan Kerja

Assalamualaikum.. 

Zaman semua harga barang meningkat ni kalau kehilangan punca pendapatan boleh buat orang waras jadi 'naik gila'. Bersyukurlah kita yang ada pekerjaan boleh lagi meneruskan hidup bagi anak isteri makan walau tak mewah makan lobster , shell out ke apa tu tiap minggu ye tak?

Cerita pasal kerja.. Kisahnya begini. Pembantu harian LM tu lesap seminggu lebih. Kebetulan LM tak sihat, memang suka sangat lah bila dia tak datang. Boleh golek depan tv, boleh tidur tanpa ganggu ada orang luar. Bila dah lama sangat tak datang mulalah cuak. Geram pun geram.. LM sms dia tanya dia sakit ke?atau dia dah tak mau kerja lagi rumah daku yang kecik ni(rumah yang dia kerja selain rumah kami semuanya banglo 3 tingkat)

Terus-terus malam tu dia reply kata ikut majikan dia balik kampung kenduri. Ni baru balik.. Semalam pun dia call erita benda yang sama. LM buat-buat cool je lah kata takpe nanti free datang lah kerja. Padahal dah nak pitam tengok kain tak bergosok sampai dua bakul. 

Asalnya LM bagi tau dia isnin nanti ganti selasa sebab LM nak ke sekolah urus anak hari pertama sekolah. Bila dia kata okey LM lega lah. Tapi selasa tu dia sms kata nak datang petang. Owh memang tidak la..sebab petang tu time i erehat duk depan tv. Nak ambik antar anak sekolah agama bagai takkan nak tinggal dia kat umah walau cuma seminit dua je proses hantar anak yang sekolahnya dekat je tu.

Dia ni kerja seminggu dua kali je kat sini. Tu pun 4 jam je. Memang bab kain tu serah la kat dia sebab blouse LM banyak yang cotton. Tahap rasa nak nangis kalau menggosok time baby bergayut tepi iron board tu. bila dia ada tepi rumah, mana yang rumput kering atau daun gugur tu dia lah yang sapu. Belakang rumah ada tulang ikan ke ayam ke sisa bagi kucing liar makan dia lah yang mengerjakan tu. bila takda.. Terduduk la nak mengerjakan luar dalam sensorang.

Kesian la kat ayah terpaksa kemas hall dulu sebelum gi kerja bila tengok LM terbaring kof kof kof batuk tak henti-henti. 

Bila dia laju call dan datang kerja hari ni rasa agak pelik juga.. Rupanya selepas seminggu dia lesap ikut majikan dia datin tu.. Orang lain yang hire dia  untuk bersihkan rumah terus tak pakai dia lagi. Mereka kata dah ada maid. Macam pelik takkan tiba-tiba 3-4 biji rumah hire maid serentak? Geram dia lesap macam biskut la tu. kejap ada kejap takda.. Huhu

Dulu jadual dia penuh. Yang majikan dia tu..rumah tiga tingkat. Gajinya rm1000 sebulan, cop tiap lima bln katanya semua majikan tu yang buatkan. Dia masuk medan cop sendiri sebab majikan tu orang johor balik kampung terus bawa dia cop. 

Rumah majikan dia tu dia kemas tiap hari tapi memang la tak tinggal sekali. Dia pergi pukul 12 tengah hari urus kucing, bunga dan kemas satu level saja tiap hari. Esok level atas pula, lusa level atas lagi. Dapur dan hall je kemas tiap hari kata dia. 

Maka, kalau takda rumah LM, dia ada rumah lain pula, petang lepas kerja rumah datin majikan dia tu dia masuk kerja rumah lain lagi. Tapi bila dia buat perangai lesap ikut majikan dia terus 3-4 rumah tu ambik maid kata dia. Malas LM nak tanya dia berapa rumah yang dia dah  hilang pendapatan. 

Sekelip mata hilang. Sibuk la dia duk ulang, katanya saya dah takda rumah ni. Ada sini dengan majikan saya saja. LM diam je la. tak reti nak kata apa selain suruh dia cari rumah lain . Pasti ada rezeki kata LM. Kalau kerjanya bagus Allah pasti bagi rezeki .. Dugaan kecil buat dia bulan ni. 

Sebab kerja dia bagus la LM kejar juga minta khidmat kerja.. Kalau tak..memang malas nak panggil orang pelik-pelik masuk dalam rumah. Masa ada maid dulu pun jarang sangat tinggal dia kat rumah . Gerun lah dengan perangai manusia zaman sekarang ni.

www.tips-fb.com

7 comments:

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Susahnya nak dapat pembantu yang benar-benar 'jujur'. Bila kita baik, lagilah diaorang ambil kesempatan...

Yana Libra said...Reply To This Comment

skang ni semua kena hati2 kan..

Diana Rashid said...Reply To This Comment

ha..tu la..tak hargai apa yang ada..mentang2 dia kerja 3 rumah, dia ingat boleh ikut suka dia je nak lesap tiba2..

Malinda Ismail said...Reply To This Comment

Takpa la asalkan dia datang keje balik..mintak2 lepas ni dia lebih menghargai punca rezeki utk dia...jgn pi tak pi ikut suka

Sheherazade said...Reply To This Comment

mcm2 perangai kan,haishhh

Mummydearie said...Reply To This Comment

Masa banyak kerja, buat tak kisah aje. Bila dah takda kerja, barulah tau langit tinggi rendah! Takpalah, sekurang-kurangnya masih ada lagi yang nak guna pakai khidmatnya. Kembalikan kepercayaan orang, nanti-nanti datang baliklah rezeki job banyak macam dulu tu.

ctpayong said...Reply To This Comment

kalau cerita pasal maid full time or part time ni sampai mati pun tak abes. bila kita prihatin kat dia, dia naik kepala. walhal kita ni bukanlah jenis yang tengking herdik. yang hairannya...kalu dengan majikan cina, bagus pulak taat setianya. sampaikan ada yang kena mandikan anjing, cuci gate...cuci baju guna tangan walau mesin basuh tip top canggeh....adoiiii

sorry...terpanjang pulak bebel.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...