Wednesday, January 27, 2016

Keluarkan Barang

Assalamualaikum...

Definisi mengemas bagi bayi 11 bulan adalah mengeluarkan barang dari tempat simpanan. Bukan memasukkan barang ke dalam bekas macam kita orang dewasa selalu mengemas. 

LM duk perhati je baby ariz makin minat 'mengemas' sejak ummi jatuh sakit dua minggu lepas. 

Dulu... Kalau kain dah berlipat tak dihantar ke bilik untuk disusun dia tak usik. Sekarang ni pantang nampak kain dah berlipat laju je dia datang kirai sehelai demi sehelai.

Meja belajar ayah dia kat dalam bilik, tiap kali dia masuk bilik pasti dia akan turunkan semua fail yang ayah dia dah susun kat rak tepi meja tu. 

Kotak barang kecil-kecil yang elok terletak bawah meja belajar dia akan ambik satu demi satu keluarkan. Dia tak punggah sekali gus. Dia ambik satu, belek depan belakang. Masukkan dalam mulut(proses merasa) dan baru letak ke lantai. Kalau ada lima batang pensil dalam kotak pensil tu dia akan belek satu demi satu sebelum longgok tepi. Gam.. Pemadam.. Apa saja bungkusan yang dia mampu buka dia pasti akan buka satu demi satu.

Meja kecil tempat LM simpat minyak angin dan segala barang perhiasan diri pun dia minat nak selongkar. Tiga tingkat tu dia akan turunkan satu demi satu barang yang ada. 

Bakul mainan tu dari penuh sebakul dia akan keluarkan semuanya sambil berdiri. Bila dah tak sampai nak capai ke dasar bakul dia akan duduk dan baringkan bakul, merangkak masuk dalam bakul untuk ambik mainan dalam tu sampai berterabur semuanya atas lantai. Dah siap 'kemas' baru lega hati dia kot? LM pandang je dia mengemas. Malas nak ganggu orang tengah syok .. Ehehe.

Apa yang kelakarnya... Ayah dia dah beberapa tegur kenapa barang LM tu berterabur. LM diam je. Kerap sangat baby selongkar tak terkemas kadang-kadang tu. tup tup satu malam tu ayah dia buat kerja ternampak baby menurunkan satu demi satu barang LM baru ayah dia kata"ooo baby syahim ye yang buat sepah ni?"

Krik krik krikkk .. Takkan la ummi dia kot? Baru tau?? Sekarang ni bila fail dan barang kecil ayah dia pun dia selongkar dah tak jadi misteri dah... Ayah dia dah tau siapa yang asik buat sepah. Ahaha..

Malah.. Dua tingkat pakaian dalam almari ayah pun dia dah mula tolong kemaskan. Satu demi satu kain pelikat dia tolong angkut bawa keluar. Yihaaaa hebat! Terbaik la dik.. Tak perlu panggil maid sambilan dah ada yang tolong ummi mengemas. Phewww
www.tips-fb.com

2 comments:

Malinda said...Reply To This Comment

baby baya2 gitu memang tengah rajin buat kemboh barang2 rumah dik...kikiki...barang2 yg mudah pecah dan merbahaya kene letak tempat tinggi2 sikit utk keselamatan...

Mummydearie said...Reply To This Comment

Umi tahan ke kalau baby apply jadi pembantu kat rumah tu? Hahaha...

Nak buat macamana, LM. Dah tabiat budak sebayanya memang suka mengemas ikut citarasa peribadi. Kita ni mampu urut dada ajelah sambil terus-terusan berlakon cool. Kalau rasa tak sanggup, lepas dia 'kemas' kita kemas balik. Gitu ajelah gayanya sampai kita yang semput nak ikut style mereka berkemas!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...