Monday, January 11, 2016

Kertas Kajang Punya Hal

Assalamualaikum..

Kelmarin lepas taklimat ibu bapa di majlis penutup minggu orientasi asrama kakak terus kami bawa dia balik rumah sebab cikgu kata boleh outing. Lepas makan dan urus buku untuk fotostat sampai rumah dah dekat jam 3 petang. Dapat lah dia tidur kejap sebelum gerak ke asrama pukul 4 lebih tu(kena ada di sana jam 6 petang)

Bila ditanya pada warden, katanya hari semalam(Ahad) takda outing. Maka LM pun terus la sms nombor warden minta sampaikan pada kakak yang ummi ayah tak datang, nanti sabtu depan saja ummi datang hantar barang makanan dia. Memang peraturan sekolah macam tu... Nak sampaikan apa-apa kena sms nombor yang diberi nanti warden sampaikan kepada murid.

Semalam, hati agak gelisah, memang risau sangat takut warden tak sampaikan pesanan dan si kakak menunggu ummi datang. Kalau boleh outing LM plan nak bawa balik rumah, dapat lah dia gosok pakaian sekolah tanpa berebut dengan kawan dorm. 

Lepas dah terbaring, terlelap bagai... Si kakak call tanya kenapa ummi tak datang? Akak tunggu bla bla bla... Ya Allah.. Rasa nak nak pecah dada! Warden tak sampaikan pesanan rupanya!!! Dah la kakak sedih tengok kawan-kawan ramai outing mak ayah datang ambik.

Minta kakak beli di koperasi esok, nanti bila2 ayah datang hantar apa yang takda lepas ayah balik kerja. LM pesan gitu

Tak amanah!
Maka LM ni menantilah si ayah balik. Dia ke kedai runcit beli makanan kucing. Tapi tak balik-balik walau adik ad dah balik dari masjid solat asar. Kata adik ad ayah takda pun kat masjid. 

Jam 5.20 camtu ayah dia balik LM terus la serang tubi.. Gi mana bla bla bla.. Marah pasal cikgu tak sampaikan pesanan kesian si anak tunggu kita datang nak ajak beli kertas kajang. Dah la esok nak guna dan koperasi sekolah  tutup hari ni. Kemain lah bertubi-tubi cerita sedih si ummi pada ayah sampai sebak suara dan bergenang air mata. Tak sempat la si ayah nak cerita bab dia buat rawatan resdung dengan doktor yang ada master bab bekam juga tu bla bla bla..

"Gi la kemas2 sekarang, beli kat kedai dekat ni je nanti semua barang dia tu,setengah jam je kan.. Sempat ni"

Apa lagi, terus laju berkemas

Ayah: dia nak beli apa?

Ummi: kertas kajang, buku log dan buku cerita bahasa inggeris tajuk bla bla bla( tu kena gi beli kedai buku)

Ayah: kertas kajang? Yang macam mana?

Ummi:test pad tu la, yang buat karangan tu., yang tulis surat tu. jangan la buat lawak pulak.( mula la nak naik angin bila tergesa2 tu mood macam nak telan orang)


 berkejar ke asrama kakak lepas belikan dia punya barang. Terus daki bukit menuju ke asrama.. Hati dah risau sebab tak tau dia gi dewan makan ke atau dia mandi ke sebab dah nak maghrib dah masa tu.

Sampai je sana terus tanya kat puteri-puteri yang berbual kat bawah tu.. Dengan rela hati mereka nak tolong panggilkan kakak maisarah. Fuhh lega bila kakak ada di dorm dan ada yang sudi panggilkan dia. 

Tersengeh macam kerang la kakak bila tengok ummi datang. Tak sangka sangat katanya.. Tak dapat borak lama pun, dia berkejar nak makan siren dah berbunyi. Sempat minta sampaikan salam pada ayah je..Laju-laju dia berkejar simpan barang nak makan. Terkulat-kulat acha tak sempat salam dengan akak dia. Terpaksa lah tunggu kakak lalu nak ke dewan makan sebab acha nak salam juga dengan kakak..

Kertas kajang... Sama sungguh tak sebut perkataan tu. bila si ayah tanya tau oula nak marah.. Tapi biasa duk sebut test pad tetiba sebut kertas kajang rasa agak janggal telinga ni. 

Berkejar sana sini, letih tu amatlah terasa. Wang ringgit lagilah tak usah cerita. Cuma... Semuanya rasa berbaloi bila lihat anak senyum lega kelengkapan yang perlu dibawa untuk kelas esok harinya telah tersedia. 

Hati ibu dan ayah.. Walau sesusah mana kita tetap ingin semuanya mudah dan sempurna buat anak-anak. Esok lusa kalau dah besar ada yang kata ummi pilih kasih memang ummi cepuk korang! 

P/s:ada kisah kakak maisarah kena buli kat dorm, nanti LM cerita kemudian. 
www.tips-fb.com

1 comments:

Malinda said...Reply To This Comment

nasib tak berapa jauh sangat asrama anak dara tu dik...akak pon sama cepat emosi kalau bab2 yg membabitkan anak2 ni...riso je kalau2 ada benda yg dia perlukan...penah sekali kak long berkhemah depan skola hari2 akak datang tepi pagor sekolah jumpe dia...hahaha...melampau2 kan :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...