Tuesday, January 19, 2016

Kuasa Ubat

Assalamualaikum...

Fuhh kuasa ubat. Mata sampai tak boleh nak bukak. Punya lah mengantuk tahap tak boleh nak bangun. Untung la orang yang kerja. Kalau sakit dapat mc. Duduk rumah, makan ubat dan rest secukupnya. Anak hantar kat nursery macam biasa. Kalau LM ni baby ariz nak letak mana pulak? Huwaaaa

Makanya siang ni tak boleh makan lagi ubat. Nak makan kena tunggu ayah dan abang balik masjid baru telan ubat. Bila malam dengan apit dan acha sekali ke masjid. Acha (8 tahun) ni lepas maghrib memang dia tunggu habis kuliah maghrib dan solat isya' baru dia balik dengan ayahnya. 

Bila si abang takda, si kakak pun takda memang ummi tak boleh nak biar baby ariz merangkak ke sana sini tanpa pengawasan. 

Rasa nak hantuk2 kepala kat dinding. Ngantuknyaaaaaa. Rasanya sejak hamil memang tak pernah telan ubat sampai lah baby ariz dah dekat nak setahun ni ha.. Disebabkan dah jangkitan kuman akibat sakit lama sangat tu yang telan juga ubat demi kesihatan diri. Allah suruh usaha, maka kita usaha lah telan ubat. Walau... Selama ni selalu duk kata "eh takpe saya harap antibodi saya kuat lawan demam ni sendiri. Nanti boleh baik sendiri." Haha ayat orang takut jumpa doktor.

Doktor: 2 minggu u tahan tak makan ubat?

Saya: errr saya.... 

Doktor: u tak suka makan ubat?

Saya: iye.. Saya tak suka makan ubat, dan... Urat saya ni susah nak cari bila nak ambik darah. Saya tau bila saya sakit mesti doktor akan test darah saya.

Doktor: bla bla bla..

Haishh sah la.. Ambik darah kat tangan jugak bukan kat lengan. Sakitnyaaaaaaaaa
www.tips-fb.com

3 comments:

Aziela said...Reply To This Comment

Ujian tu LM. Semoga cepat sembuh

Mummydearie said...Reply To This Comment

Benci betullah bila nak mengomen aje internet slow. Sampai lupa dah komen ke belum.

Nak suruh berehat tak boleh pulakkan, LM. Dah namanya ada anak-anak, manalah boleh kita ni berehat kalau sakit. Dapat MC memang pun tapi kalau balik rumah tu, takdalah dapat rehatnya.

Semoga cepat sembuh ya!

Diana Rashid said...Reply To This Comment

part kena ambik darah yang tak tahan tu..saya ni kalau suami ugut .."buat la..nanti doktor nak check mesti dia nak ambik darah dulu..." dan2 tu la saya boleh telan segala makneka ubat pun..hahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...