Friday, January 29, 2016

Lala Goreng Pedas

Assalamualaikum...

Lala Goreng Pedas

Dah lama plan nak masakkan lala ni untuk anak-anak tapi tak sempat. Hari ni lari kejap dari baby ariz gi ambik serai kat tepi pagar semata-mata nak masakkan untuk mereka. 

Lauk bercengkerang bukanlah kesukaan LM. Kupang ke, lala ke, kepah ke.. Kerang ke.. Tapi entah ngikut siapa lah, anak-anak LM ni gemar sangat makan lauk berkulit ni. Huhu.

Takpelah, nak makan ummi masakkan, tak jadi hal pun. Syafiq pun kalau gi makan kat luar nampak lala masak lemak cili api laju je dia nak. 

Masak pedas je ..


Bahan:
1kg lala
3 tangkai cili merah
2 biji cili api merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 batang serai(belah dua dan diketuk)
Garam
1 sudu kecil kicap manis
Minyak( menumis)

Tumbuk kasar cili, bawang dan halia. Tumiskan bersama serai tadi. Masukkan lala,bila dah hampir masak perasakan garam dan letak kicap manis. 

Plan asal nak gulai, tapi bila tengok saiznya kecik sangat macam tak berbaloi pula nak gulai, habis kecut isinya harap kuah je banyak nanti....

LM jamah sebiji je la... Ambik berkat, ehehe. Lagi pun baby ariz nyusu badan, eczema lak tu.,tak berani sangat nak makan lala takut gatal dia nanti. 


www.tips-fb.com

3 comments:

QasehnyaRania said...Reply To This Comment

sedap ni..
ratah laju je hikhiks

LM said...Reply To This Comment

Kan? Bg yg suka dorang duk ratah je

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya suka lala, LM. Kalau nampak lala goreng pedas macam ni ataupun masak lemak, lajulah saya menambah nasi. Makan gitu aje pun sedap juga, sedar-sedar dah tinggi kulit lala dalam pinggan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...