Friday, January 8, 2016

Main Sendiri

Assalamualaikum..

Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan hari ini. 

Di kala tak sedap badan,agak gusar juga bagaimana nak buat kerja rumah dengan perangai baby Ariz yang tak mau tinggal. Bila ummi bangun dia memang akan ilut atau menangis bila ditinggalkan. 

Tapi hari ni, ummi tak sempat sidai baju sebelum ayah gi kerja. Makanya.. Terpaksa lah tinggalkan dia. 

Agak terkejut juga sebab dia lela duduk depan tv sambil main soft toy tanpa pedulikan ummi yang sibuk hanger kan baju .LM hangerkan siap-siap dan terus sangkut je bila keluar. Tak la lama sangat  berpanas kat luar tu..(takut cair..ahaha).

Bila dia diam je, Lepas sidai kain terus la LM bersihkan sangkar kucing, top up makanan kucing dan jenguk sayur dan bunga. 

Alhamdulillah dia dah pandai bawa diri. Dah 10 bulan pun, kena pandai berdikari. Tak perlu nak duduk atas riba ummi 24 jam.

Dah dua tiga hari ni memang dia kamceng dengan si ayah. Naik motor hantar abang apit dan terus gi beli sarapan. Gi kedai beli sayur.. Wahh macam dah besar ikut beli barang naik motor. Kedai dekat sangat dengan rumah kami. Sekolah pun selang dua baris je dari rumah. Tu yang syok sangat tu kot? Ummi pula risau takut dia tak selesa angin kena muka dia masa naik motor. Tapi dia elok je kata ayahnya.

Tido pun dah dua tiga minggu ni asik menempel kat tepi ayah. Nak tido celah ketiak ayah. Sanggup merangkak langkah ummi lari dari katil dia nak tido kat celah ketiak atau dada ayah dia. Hai la anak.. Ummi takda geng la camni. Dah la kakak gi asrama, apit dan ad pun geng dgn ayah. Acha pun kalau malam ikut ke masjid lepas ngaji takmo balik tunggu abis ceramah baru balik lepas isya'. Siapa nak geng dengan ummi ni?? Sobsss. Mujur baby tak reti cakap nak ikut gi masjid lagi. Huwaaaa sedih tau..


www.tips-fb.com

3 comments:

Malinda said...Reply To This Comment

aloloooo...comelnye naik moto pi beli sayo...kikiki

Yana Libra said...Reply To This Comment

hehe...bolehlah bg adik kot kak..huhu

Mummydearie said...Reply To This Comment

Penat-penat kita membelek mereka siang malam tetiba bila dah 'clever' sikit nak geng dengan ayah ya. Of courselah sedih dan rasa kesepian gitu!

Oh, yang sulung dah masuk asrama ya, LM! Tinggallah satu aje bunga di rumah dengan uminya ya. Takpalah LM. Untung tau ramai anak. Nanti-nanti dah tua, dikerumuni anak-anak aje. Best tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...