Tuesday, January 12, 2016

Makanan Kucing

Assalamualaikum

Black... Dulu kucing yang apit kutip kat pasar borong pun rupa tu gak hitam, kami panggil black juga. Yang dulu betina, yang ni jantan, kutip di kedai buah di pasar borong.

Black dah bujang pun. LM dah ajar dia berdikari. Dah lepas.. Dia puj dah mula nak cari makwe. Takmo dikurung-kurung. Tapi bekas pasir najis dia dan makanan LM masih letak dalam sangkar.

Biasanya tengah malam mulalah otai-otai kucing duk usik dia. Rasa nak potong grill tingkap je nak simpan black takut dia dilanyak dek kucing yang lebih tua. Ada sekali tu sampai tiga kali kucing tu bergaduh dengan black. Sampai masuk dalam sangkar black dan terbalikkan bekas makanan. Geram betul!!

Dengan black kucing-kucing ni ajak bergaduh. Tapi makanan black mereka la tukang perabiskan. Sekarang ni sejak dah ajar black berdikari.. Makanan memang LM bagi pakai auto feeder tu je. Maka.. Kalau beli sekilo setengah hari ni  tup tup lusa dah licin. Mulalah LM berzikir minta ayah beli lagi.

Black pun bukan sepenuh masa makan makanan tu je, biasanya LM bagi juga ikan goreng atau ayam ke.. 

Cam tahun baru ni konon azam baru nak cut cost, maka LM dah mulakan dengan bagi ayam dan tulang-tulang dari dada ayam yang direbus untuk black makan. Konon nak selang seli dengan makanan yang dibeli. Jimat la sikit. Ada sekor je kucing, tapi tak salah berjimat selain tak mau membazir dada ayam yang ada tu terbuang begitu saja tak dimakan. 

Kalau isi ayam tu LM buat nugget untuk anak, tulangnya akan direbus untuk black makan.

Tapi.. Bila nak berjimat, jadi camni la pulak. Kucing orang yang duk kencing kat motor kat kereta dan berak merata keliling umah yang makan beriya makanan black. Ye.. Sedekah! LM tau tu. tapi nak sedekah pun bukan la sebabyak itu, ikut kemampuan la kot.

Kalau sebekas kejap je sehari dua dah abis tak boleh jadi juga. 

Rasanya kalau ada kat rumah kena bagi black makan pakai mangkuk dia kot. Dia nak makan baru hulur. Kalau tak.. Jantan pengecut gak black ni, remaja nak lawan veteran mana boleh.. Ye tak? Black ni bila kucing tu hambat sikit je terus mencicit dia lari. Haishh..

Paling geram kucing kita berak kat tempat khas, kucing orang datang berak kat rumput kita. Nak petik sayur pun takut-takut.. Risau terpijak taik kucing kat rumput tepi kebun tu. geram pun ada. Babap montot nanti tau la...

Rasanya jarang sangat sisa tulang dan lauk lebih dibuang ke dalam tong sampah. Tulang-tulang ikan atau ayam mesti LM hulur untuk kucing yang meliar tapi bertuan tu. nape lah gemar mengerjakan makanan black jugak. Kebulur sangat tuan tak berapa nak sayang ke apa. Takat nampu nak hulur makanan ni kami hulur je la. moga jadi saham akhirat, tapi jangan la bagi najis.. Sobsss




www.tips-fb.com

3 comments:

cikel said...Reply To This Comment

Salam kakLM..sy pernah terbaca dekat satu blog ni..kalo nak elak kucng berak kat kawasan umah kita..letak botol air yg berisi kat tempat yg kucng selalu berak.sy tak tahu berkesan ke tak...sy pun tak pernah try..sbb kucng kat umah ni takot tgk muka ayah sy..sbb kalo diorg masuk je kena pehambat..takla pukul l..just takotkan dgn bunyi penyapu lidi pukul kat lantai

Yana Libra said...Reply To This Comment

insyaAllah saham akhirat tu :)

kalo kat lg pun camtu jak..kdg2 monyet2 pun mkn mknn kucing..sabar je laa..dulu lg teruk anjing org dtg mkn gak..kesian kucing kitorang

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya memang tak reti bela kucing sebab penggeli orangnya. Memang takda haiwan peliharaan di rumah. Dulu si Abang tu ada juga hati nak bela ikanlah, burunglah. Dah kita belikan ikan, disuruhnya kita jaga. Memang tak akan berlaku lagilah kalau dia buat permintaan nak ada haiwan peliharaan lepas ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...