Friday, January 15, 2016

Memang Berbaloi

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Rasa berbaloi gorengkan kuey tiaw untuk anak-anak lunch tadi. Baby ariz memang tak tidur masa nak masak tadi. LM bagi dia main jagung rebus. Duduk kan dia atas tikar elok je dia gigit-gigit jagung tu. bukan dapat gigit sangat pun, gigi dua tiga batang je pun, saja bagi dia leka. 

Cuma kuey tiaw goreng rencah sikit ayam dan sotong, telur sebijik dan sawi. Makan suam-suam bertambah-tambah anak-anak makan. Syafiq (4tahun setengah) yang liat nak makan tu pun turut makan jua. Lega hati ni. Takmo nasik takpe lah janji nak makan yang berkhasiat dah la. jangan mintak sosej atau nugget yang kat kedai tu dah la, risau jugak.. 

Pernah hari tu syafiq minta sosej.. Esok minta lagi. Makan sebatang tak cukup nak lagi. Memang kenyang tapi..... Sosej tu!! Sedih sangat. 

Petang ni?

Buntu tak tau nak masak apa untuk dinner. Bila kakak takda ni selera makan LM merundum. Nak kata kurus tak la pula, turun sikit je pun tapi memang tak selera nak makan. Mungkin batuk teruk penyebab selera makan hilang kot?


www.tips-fb.com

4 comments:

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Kakak dok membayangkan baby montel tu ngunggis jagung:)
Yg dah besar dpt makan kwee teow umi memang sedaplah..

Kakak kalau dah tak tahu nak makan apa buat bubur nasi
Goreng ikan bilis+bawang+cili letak kicap, tumis kangkung siap!

Scarlett O'Hara said...Reply To This Comment

Kena google tu.Cari resipi yang menyelerakan.

Yana Libra said...Reply To This Comment

tak selera sebab rindu ke tu...

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kes rindu tu, LM. Terus hilag selera makan. Yalah, dah biasa anak-anak disisikan. Bila takda depan mata tu, terasa-rasa alahai ketiadaannya.

Nasib baik Baby Ariz 'memahami' kesibukan uminya. Dah bolehlah dilepas sekejap ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...