Thursday, January 7, 2016

Menangis Sampai Hilang Suara

Assalamualaikum...

Pagi ni keadaan diri makin teruk. Memang tak larat nak bangun sangat.Maka ayah la terpaksa take over tugas kejut adik ad dan acha dan buatkan bekal anak berdua tu

Sebelum tidur malam tadi LM dah siapkan homemade potato wedges, tinggal goreng je...

Lepas anak ke sekolah baru putar kain. Agak lambat perjalanan rutin harian hari ni. Goreng kan kuey tiaw saja untuk si ayah sarapan. Lepas baby tidur semula baru lah menyental baju sekolah. Tak banyak pun, 4 pasang je. Dua acha punya. Dua lagi adik ad punya. Biasanya cuci malam, tapi sebab sakit urat memang tak larat nak cuci malam tadi.

Sambil menyental terfikir juga, takut pos laju sampai LM tak dengar sebab bunyik air paip kuat sangat masa membilas baju.  LM cuci baju kat bilik air anak-anak. Agak jauh dari pintu depan. Sayap kiri(bahagian kiri rumah) dan bahagian belakang pula tu. memang orang tekan bell payah nak dengar kalau air paip mencurah2 waktu mencuci kat belakang tu.

Hati berdebar-debar.. Tak sempat habis menila baju terus tutup paip. Sayup-sayup dengar baby menangis.

Mak aihh sampai tenggelap timbul suara dia. Dah lama kot dia nangis? Huhu ampun!!!

Dia ni pesen kalau celik mata ummi akda depan mata dia memang meraung macam kena cubit. Ni ha sampai hilang suara dia jerit sebab ummi takda.

Bukan pos laju.. Anak sendiri yang panggil pun ummi tak dengar. Tobat la.. Malam ni cuci baju sekolah malam la jawabnya. Kalau takda orang jaga baby, nak buat kerja memang tak tenang. Sobss

Nota kaki:(baby 10 bulan+)
www.tips-fb.com

2 comments:

harnanidini said...Reply To This Comment

dah ade baby sume benda kena wat cepat kan..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Susahkan macam tu. Saya ni kalau tinggal sendirian, memang tak buat kerja lainlah masa anak kecil-kecil. Bukan apa takut terjadi macam ni bila dia menangis kita tak dengar sebab perkara lain. Tapi kalau ikutkan sangat pun, satu kerjalah tak menjadi! Susah betul!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...