Wednesday, January 13, 2016

Menu Sarapan Bawa Ke Lunch

Assalamualaikum

Pagi tadi lepas saja adik syafiq ke sekolah terus saja LM buat nasi goreng kampung. Plan asal nak buat nasi goreng cina untuk bekalan anak-anak tapi sebab lengan ni sakit LM simpan je lah nasi tu dalam peti sejuk.

Siap je goreng , ayah pun balik. Terkejut la dia tengok dah ada nasi goreng sebab dia dah beli dua bungkus nasi kerabu untuk kami. 

Maka LM simpan je lah nasi kerabu tu dalam peti sejuk dulu sebab nak buat makan untuk lunch. Kami makan nasi goreng kampung pedas berapi tu je la. ayah suka la kalau pedas berasap tu..kalau nak simpan untuk anak memang berasap la mulut dorang.

Anak bali tadi LM panaskan kejap nasi kerabu tu dalam microwave.. Ada rendang daging bagai, makan bertiga pun tercungap nak habiskan. Rasanya tak cukup rm10 kot ... Nasi kerabu kosong ikan kecik cenonet pun dah rm4.50. Kalau ada lauk lain lagi lah mahal

Daripada terbuang baik makan tu dulu. Tak baik bazir makanan. Zaman ni nak carik duit bukan senang. Gerak je duit, tol dah naik, makanan dah naik harga.. Ringgit makin mengecil. Nak keluar negara sah la kurang mampu nak beli barang tempatan pun terasa bahang mahalnya. Fuhhh ni zaman berjimat cermat . Dengan yuran asrama kakak, yuran bulanan apit, duit belanja sekolah..semua kena fikir. 


www.tips-fb.com

3 comments:

Yana Libra said...Reply To This Comment

betul tu kan ...skang semua kena jimat

Diana Rashid said...Reply To This Comment

betul la.tak boleh nak fikir makan sedap je sebab kena fikir bab murah jugak..barang semua mahal2 sekarang ni..entah sampai bila la harga barang kita ni nak stabil balik..

Malinda Ismail said...Reply To This Comment

Kite ni rakyat makan tersepit sume pon duit...duit...duit...semua pon makin mahal...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...