Friday, January 8, 2016

Nasi Ayam

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih mampu bernafas dan bertemu di jumaat kali ini. Walau tak berapa sihat(demam urat) masih bersyukur dapat menghirup oksigen lagi .. Huhu

Pagi ni tak menyental baju sekolah, tak larat dan malas. Maka.. Dari menung-menung LM terus buat sup dan masak nasi. Kebetulan baby ariz tido(10 bulan) boring sangat takda kawan. Masak lebih baik.. Tak payah nak berebut masak dengan dia yang rajin nak 'tolong' ummi.

Menu nasi ayam simple je .. Ayam belah empat takda, maka guna saja ayam yang dah dipotong kecil dalam esbok tu. jadik gak nasi ayamnya. Huhu. 

Timun jepun pun takda,maka guna saja timun biasa yang ayah beli kat kedai dekat ni pagi tadi.




Syukur...11.10 minit dah siap masak, boleh senang hati jemput syafiq dari tadika. Tak payah bak fikir tak masak lagi ke apa. Dah kena minggu lepas si ayah balik 12.30 satu apa tak masak lagi. Lupa hari jumaat dia balik .. Huhu

Bila kurang sihat, dah siap masak awal tu satu kelegaan yang teramat besar dalam diri LM ni. 

Dah la dinner semalam makan makanan beli, kes tak sihat punya pasal sampai kena beli makanan. Telan la pak aji (ajinomoto) malam tadi sampai ke hari ni pening lalat lagi:(
www.tips-fb.com

12 comments:

Yana Libra said...Reply To This Comment

rajinnye msk ns ayam..hehe..sy kena tgk resepi kalau nk buat ni

Lea Ismail said...Reply To This Comment

betul tu. bila tak sihat mikir juga apa nak ddimakan suami dan anak. buatlah juga walaupun simple. bila dah siap hati banyak senang

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...Reply To This Comment

Nasi ayam ni paling mudahkan LM..
Tak perlu fikir lauk2 lain..
Sedap pulak tengok nasi ayam LM ni..

Sheherazade said...Reply To This Comment

Assalammualaikum,syg

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kalau kita yang tak sihat, memang pening kepala memikirkan makan minum suami dan anak-anak. Manalah nak sihatnya kalau dah sakit ^_^

Saya ni sejak pagi tadi dok sakit kepala tak tahulah apa pasal. Nak kata terlebih makan, semalam makan Japanese food aje bos belanja. Malam pun tak makan. Kotnya tak dapat minuman manis @ teh tarik di pagi hari, itu kot yang kepala sakit ^_^

LM said...Reply To This Comment

Waalaikum salam. Peri pia!!!! Rindunya lat peri

LM said...Reply To This Comment

Cuba carik teh tarik. Mana tau okey.. Hehehe, sy klu mula minum terus payah nk stop

LM said...Reply To This Comment

Akk campak2 je td. Tak tau rasa apa, janji ada benda ank nk mkn. Mmg tak larat. Huhu

LM said...Reply To This Comment

Sbb tu pilih menu simple je.. Hehehe

LM said...Reply To This Comment

Betul kak yati. Tak payah fikir apa sayur, apa kuah, mmg dh ada sup dan sambal

TunSha Ayunie said...Reply To This Comment

Sedapnya nasi ayam... tadi pun ingat nak makan nasi ayam tapi takde plak... nak masak memang tak larat....

Nasi ayam ni best kan... dah la simple... lelagi satu family suka makan... seronok rasa...

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

ni lagi satu menu dah lama tak buat dok teringin nak wat x terbuat pun//

awak punya aura mr R ni penuh betul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...