Friday, January 1, 2016

Orientasi

Assalamualaikum...

Esok... 
Bermula kisah baru, pengalaman baru dalam kehidupan kami. Kakak sulung melangkah ke alam remaja, naik form one dan tinggal di asrama.

Takda depan mata ummi ayah, takda dengar suara dia, takda depan mata..sobss dah bergenang air mata dah ni.

Esok pagi mungkin pergi sekolah syafiq dulu ambik baju sekolah, tak perlu dengar taklimat kot... Terus berkejar hantar si kakak pula.

Kakak perlu awal , nak cop katil bawah katanya.. Hehehe

Pakaian semua beli di sana saja. Maka.. Sampai saat ni beg baju pun dia tak kemas lagi. Cuma alat tulis dan sabun je dia dah kemas sebelum balik kampung aritu.

Moga dia kuat, tak home sick selalu tanpa ayah ummi. Harap dapat jenguk dia tiap minggu...

Baru 12 tahun.. Moga ini merupakan permulaan untuk terus berjaya di masa hadapan, amin


www.tips-fb.com

2 comments:

cikel said...Reply To This Comment

Insya Allah anak kak LM kuat..sy dulu pun masuk asrama time form one..rindu kat ayah tiap mlm..tp siang lupa kejap sbb ada kawan dan guru yg best2..

Aziela said...Reply To This Comment

Gigih la hujung minggu bersilat, LM. Hihihi. Adam dulu 3 bulan melalak nk balik...hihihi. sekarang, dia sengih leebar bila kami usik dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...