Saturday, January 9, 2016

Penutup Minggu Orientasi

Assalamualaikum..

Pagi ni ada taklimat untuk ibu bapa dan penutup orientasi di sekolah kakak maisarah.

Pukul 12 lebih baru tamat.. Letih sangat. Dah habis tu berkejar pula ke koperasi beratur panjang follow up kisah jubah(untuk belajar) dan buku teks arab dan kemahiran hidup yang masih tak sampai-sampai .

Si ayah beratur panjang untuk punch card nak bawa kakak outing.




Jubah masih tak sampai lagi, maka terpaksalah kakak pakai jubah hitam dulu untuk ke kelas. Buku teks tak akan sampai memang takda dah, maka terpaksa minta jasa baik orang koperasi bagi LM pinjam buku teks tu untuk fotostat.

Syukur Allah permudahkan. Pergi serdang fotostat.4 sen satu muka.. Murah je kat situ. Terus bawa mereka makan, si kakak maisarah dah merenek gastrik. Dia makan sesuap dua je, lepas tu menangis berjurai-jurai air mata macam kena dera dengan mak tiri. Depan nasi pulak tu... Tak tahan sakit sangat katanya.

Orang duk pandang-pandang je , bertabah la ummi.. Sobss

Ayah nak bawa gi klinik, LM kata takyah la, bawa balik umah bago gaviscon dan suruh dia tido kejap. Outing sampai pukul 6 petang.. 

Moga kakak cepat baik.. Bertabah la anak, bukan senang nak senang. Belajar baik-baik. Fokus pada pelajaran je.. Duk asrama diam-diam ye.. 


www.tips-fb.com

2 comments:

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

dah beso kan kakak...dia dah berniqab ke awak.or syarat di sekolah..apa pun alhamdulillah..terpandang gambar profile FB nya..baru perasan muka syafiq macam kakak :)

moga cepat sembuh ye kakak

LM said...Reply To This Comment

Tak awk.. Tak wajib pun pki niqab , budak2 yg ambik tahfiz je oki niqab kat situ. Tp dia dh biasa duk kem tahfiz cuti sek aritu pki niqab.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...