Wednesday, January 6, 2016

Pintu Terkunci

Assamualaikum

Terkunci! Pintu Terkunci dari dalam.

Kejadian ni berlaku petang semalam. Lepas hantar acha dan dik ad ke sekolah  agama LM tido kan baby. Lepas tu bergegas angkat baju yang LM jemur lambat sikit tu. trip akhir mendobi.

Masa keluar tu tak perasan tombol pintu tu dah terpusing( lock). Bila nak masuk je pulas-pulas tak boleh. Huwaaa..

Baby ada dalam buai, kot la dia bangun terus terjun buai?nak masuk rumah macam mana? 

Ketuk-ketuk pintu suruh syafiq bukak dia kata tak tau. Ermm ye jugak, syafiq memang tak reti bukak pintu kayu tu. teringat pintu sliding kat hall utama tak kunci, cuma kunci grill saja. 

Jerit lagi suruh syafiq ambik kunci. Dia dalam mamai-mamai tak faham apa LM cakap. LM ni bila dah panik cakap berbelit-belit. Sebutir haram budak tu tak faham. Last-last dia kata "apit tak tau ambik kunci" . siap dia marah2 lagi kacau dia tido kot? erk????

Maka, tarik nafas dulu terus bawak beristighfar. 

Panggil lagi syafiq. Slow-slow cakap kat dia ummi tak boleh masuk pintu dah terkunci. Minta tolong dia ambikkan kunci rumah.

Jawapan yang sama, tetap negatif "apit tak tau kunci kat mana"

Ya Allah.. Rasa nak nangis gigit grill dah masa tu.

Pujuk dia..cakap slow-slow. Suruh panjat  coffee table dan ambik kunci rumah. Lepas tu suruh dia hulur pada LM.

Bila dia angguk dah rasa lega dah.. Mujur pintu sliding tu tak berkunci. Kalau tak memang tak tau nak cakap dengan syafiq ikut celah mana. Tingkap dapur pun berkunci, memang nangis la sensorang situ. Nak keluar gate pun berkunci. 

Tak pernah jadi lagi camni. Sejak tu terus ke sana sini usung kunci.sobss
www.tips-fb.com

4 comments:

Mila@Rimbun said...Reply To This Comment

teringat plak rumah member, tertinggal kunci kat dalam, nasib baik mastu renovate, panjat ikut tingkat atas belah belakang. Dah roper penyamun tarbush dah masa tuh kikiki...
Masa pindah rumah baru, memang siap tukar semua tombol yg jenis boleh terkunci sendiri gitu, semua jenis yg kena ada kunci baru bleh lock (yg keluar dari rumahlah, kalau bilik ok jer)

Yana Libra said...Reply To This Comment

adoii...bahayanya kak camtu..

Malinda said...Reply To This Comment

bab terkunci kat luar ni memang bole jadi panik dik...akak dulu penah gak terkunci kat luar...tapi bukan kat rumah la kat hotel...time tu bang ngah kecik lagi dia tido dalam bilik sensorang yg akak turun kejap nak ambik cik boss kat lobby sebab nak naik lif kene ada kad...kad cik boss tinggal dalam kete...time nak buka pintu balik terus tetiba tak bole pulak...dah nak nangis dah time tu nasib cepat je petugas hotel tolong bila cik boss talipon...seram betol sejak tu tak penah lagi duduk situ...tobat

Nabila Syifa said...Reply To This Comment

Penah jd.kat hostel dulu.bilik terkunci.mlm lak tu.jam 10.puas cuba bukak xdpr.terpaksa call felo mintak kunci.felo bg kunci xdpt buka. Last2 panggil guard.terpaksa pecah n kopak pintu.rupanya terkunci sendiri dari dlm.penyendal dia mcm pintu zaman lama.pelik mcm mana leh terlunci. Selak.selak yg terkunci.serammm pk.siapa yang kunci?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...