Friday, January 29, 2016

Pulut Ayam

Assalamualaikum

Pulut Ayam...

Tengah hari tadi LM buat-buat rajin menjemur beras pulut sebab nampak dah ada kutu dek kerana simpan terlalu lama.

Sedang syok mencuci kasut sekolah acha hujan turun dengan lebatnya. Berlari la LM ni masuk ke rumah sebab takut baby ariz terkejut dari tido. 

Bila dah lima minit hujan baru teringat tadi jemur beras pulut kat belakang. Habis kembang beras pulut tu:(

Nak taknak kena la masak..maka, dengan malasnya terpaksa lah jadikan sesuatu. Akhirnya wujudlah menu pulut ayam di petang hari..


Ayam tu LM perap dengan
Bawang, bawang putih, halia, kicap cair, serbuk kunyit dan garam. Gaul dengan tepung jagung dan perap selama 2-3 jam sebelum goreng.

Sos tu cuma guna dua biji cili merah dan sebiji cili api merah yang saiz besar tu. bawang putih dua ulas, garam gula dan sikit sos tomato. Masak dengan api perlahan. 

Ada bawang goreng juga...

Gandingkan dengan teh o pudina. Perghhh nyaman tekak. Fefiling makan kat krabi la pulak. Ekeke. Dulu gi krabi sarapan pagi ni je la yang kami ngap. 


www.tips-fb.com

2 comments:

hainom OKje said...Reply To This Comment

LM ni mesti org pantai timur ke org utarakan?....Kalau org belah selatan rasanya kurang terer makan pulut pagi pagi ni...

Mummydearie said...Reply To This Comment

Menjadi aje apa yang dia fikir yerk! Kalaulah saya, dah kembang beras pulut tu nasiblah! Idea memang tak pernah nak muncul dalam kepala kecuali masa tengah blogwalking. Asal masuk dapur aje, tak tahu nak masak apa, nak buat apa!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...