Monday, January 11, 2016

Resepi Homemade Chicken Pop Corn

Assalamualaikum
 Chicken Pop Corn? Chicken pop je... Takda pun cornnya.. Hihi

Pening memikirkan menu harian anak-anak? Samalah dengan LM. Kadang kala sampai buntu tak tau nak buat apa. Nak masak apa untuk makan tengah hari atau bento mereka.

Dada ayam memang tak laku kalau dibuat lauk di rumah ni. Biasanya LM bakar je untuk kudapan bila lapar time petang selain guna untuk rencah bila menggoreng mee.

Maka lebih baik buat chicken pop corn. Dari membazir, baik diolah menjadi makanan yang enak buat anak-anak.



Dah siap goreng...

Bahan-bahan

-dada ayam dipotong kecil.
-tepung jagung
-sedikit garam
-serbuk lada sulah
-serbuk lada hitam
-serbuk pati ayam(LM tak letak)

Jika suka boleh juga guna tepung kfc yang banyak dipasaran.

Putih telur untuk celup isi ayam sebelum digaul dengan campuran tepung tadi.




Ni dah siap salut.. LM masukkan dalam bekas dan boleh dibekukan. Nanti nak bekalkan anak tinggal keluarkan dan goreng saja time pagi. 

Rangup!! Sedap!!

Selamat mencuba. 
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...