Friday, January 22, 2016

Rose Jepun

Assalamualaikum

Rose Jepun...
Sejak gagal beberapa kali menjaga rose berduri kini LM beralih minat kepada rose jepun pula. 

Baru nak mula tanam.. Belum ada pasu cantik untuk letak RJ ni. 



Dua minggu demam tak urus langsung RJ ni. Terbiar sampai dah meliuk lentok keluar pasu. Kurus keding tak macam tuan dia yang demok. Sian.. Tak cukup baja la tu.

Walau tak berjaga semua batang penuh kudup. Tapi kenalah tanam semula, kesian dia berhimpit-himpit.

Mujur ada pasu panjang yang kosong, LM tanam semula kat pasu lain. Rasanya lagi dua tiga bulan dah kena beli pasu besar untuk letak RJ ni. Atau... Kena ada idea nak hias gantung-gantung ke apa sebab dia membiak sangat cepat. 

Pasu kecik tu sebenarnya pasu free beli bunga kat nursery. Dari terbiar LM tanam RJ dalam tu. bila free nanti boleh la bincang dengan suami nak tanam RJ ni camne, kalau main beli pasu gitu gini dia tak berkenan nanti payah lak kan..

LM plan nak gantung kat pagar kecil agar menutup sikit pandangan luar ke dalam kawasan rumah. 

Ada yang minat RJ juga tak?

www.tips-fb.com

8 comments:

cikel said...Reply To This Comment

Salam..ayah saya minat sangat dengan rose jepun..

mama ka0ri said...Reply To This Comment

cantik ek rose jepun ni..hihi..

Suriaamanda said...Reply To This Comment

Minat tapi blom ada masa nak mulakan tanam RJ ni...

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Ek eleh macamlah tuan dia tu gemuk sangat:)
RJ ni kan dik kalau tak jaga pun memang senang hidup
Lagi kalau musim hujan memang cepat aje meriah. Yg malas cepat memenuhi ruang pasu. Seronoknya kalau pagi kan cantik bila semuanya kembang.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...Reply To This Comment

Cantik lah LM..
RJ ni senang membaikan tapi daunnya siput suka makan..
Macam RJ CH, habis dimakan siput dah tinggal pasu jer huhuhu

Yana Libra said...Reply To This Comment

rajinnye bercucuk tnm..hidup pun elok je tgk..

Rozita said...Reply To This Comment

kat rumah akak bermacam kaler dik.. tapi takleh lawan kak ummi zaihadi lagi la...

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya tak angkat tangan ya! Saya memang tak minat bunga. Bercucuk tanam pun memanjang gagal. Hahaha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...