Monday, January 4, 2016

Rutin Berubah

Assalamualaikum

Rasa cam tak cukup tangan. Maaf bagi yang bertanya mana LM menghilang dan menyepi. Busy yang teramat. 

Dah naik sekolah lagi la busy. Keluarga besar kami ni kalau harap tangan LM yang dua ni je memang tak jalan la semua tugas. Si kakak sulung dah masuk asrama,maka semua tugas ummi la yang buat. Takda siapa nk kupas bawang ke, tumbuk itu ini ke, potong itu ke, cuci ini ke..a-z ummi!

Bila tahun ni adik ad yang kini masuk darjah lima dah tukar dari sesi petang ke sesi pagi, lagi lah ummi terkejut dengan perubahan jadual. Dulu.. Kalau tak sempat sidai baju dia balik dari sekolah agama 10.30 tu dia yang tolong ampaikan baju. Errr budak lelaki 10 tahun ampaikan baju? Zalim ke ummi? Cara kita berbeza dalam mendidik anak. Tak luak ego lelaki kalau ampaikan baju. Malah dia boleh belajar tanggung jawab dalam keluarga besar kami. Nak menyidai baju tiga bakul bukan sekejap. Maka, LM dah hangerkan dia lah tolong sidai di luar, yang kecik2 dia sidai kan di jejari tu. kalau tak biasa buat kerja sah2 spender bergulung2 dia taram je sidai. Orang tua buat kerja pun gitu gak .. Tak caye?  LM selalu je nampak spender bergulung kat ampaian orang.. Ekeke.

Bila dia balik pukul 1 lebih takkan nak tunggu dia. Memang tak kering la kain. Bergegas la main nyorok2 ngan baby kalau nak sidai baju. Baby dah la jenis tak boleh letak, tak mau tinggal.

Rasanya dengan bertukar rutin ni akan lebih lega kot? Ye lah, perlu siap masak sebelum pukul 1 tengah hari untuk dia bersiap ke sekolah agama berbanding dulu perlu siap pukul 10.30-11.00 pagi sebelum dia ke sekolah kebangsaan perlu makan dulu. 

Ada orang jaga acha di sekolah, kakak lan dah takda. Maka lega lah sikit hati ummi ni. Sebelum dia ke masjid maghrib akan minta dia buangkan sampah. Atau... Selepas dia balik solat isya' suruh buang sampah dulu. Kena atur balik jadual dan tugas memandangkan kakak dah takda dalam pembahagian tugas.

Keluarga besar.. Bertujuh! Kalau tak bahagi tugas siapa nak pikul? Ummi sorang? Tiga bilik mandi akan berlumut berkulat la tak larat nak  tonyoh tiap hari kalau ummi sorang buat kerja. 

Anak kecik2.. Bahaya kalau bilik mandi licin. Sebab tu sibuk camne pun, bilik mandi wajib sental paling tidak dua kali sehari sebab anak2 ni kalau mandi macam anak tokey sabun. Dah siap mandi buih penuh lagi kat lantai.. 😂

Baru lima orang anak dah kecoh kan? Orang lain tu anak lapan, umah tujuh bilik, bilik mandi 4-5 bijik tak kecoh pun. Sobsss daku ngaku diri ini agak slow kalau buat kerja.


www.tips-fb.com

2 comments:

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Tu dah kira berapa kerja kena buat kan?

Sebab itulah syurga itu di telapak kaki ibu... eh!

Yana Libra said...Reply To This Comment

sy cuci toilet sekali sehari pun x lepas..huhu..hebatla akak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...