Tuesday, January 12, 2016

Sakit Perut

Assalamualaikum


Dalam mamai- mamai malam tadi rasa macam ada syafiq (4 tahun 6 bulan) datang ketuk pintu bilik menangis- nangis. Dek kerana keletihan ya amat LM tak tau apa yang terjadi... Ayah dia yang urus kan dia.

Bila bangun pagi, lepas siapkan bekalan anak-anak, terus masukkan kain dalam mesin basuh. Cek sehelai-sehelai., dan.. Arghhhhhh!!!!

ADA NAJIS DALAM SELUAR DIA!!

Bertuah punya anak.. Dia terberak dalam seluar pastu campak dalam bakul baju kotor  seluar tu.

Memang dia menangis-nangis sakit perut  sebelum tidur tu. suruh ke tandas katanya tak boleh pun nak membuang. Kes perut masuk angin takmo makan la ni!! 

Tengah-tengah dah terberak dalam seluar. Last-last LM buang je sepasang baju tido tu berserta spender dia masuk dalam plastik kecik. Humban dalam plastik sampah. Grrrr

Tak kuasa la nak cuci. Ni pun dah siap menyental bilik dia seawal subuh sebab takut ada najis tercicir di mana-mana. Mujur ayah dia uruskan cari baju lain kalau tak mau-mau dia tido berbogel kot? Ayah dia tak tau la tu dia dah campak baju seluar dalam bakul. Hai la anakkkkkk



www.tips-fb.com

4 comments:

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Budak 4 tahun lebih tak boleh nak kata apalah dik..
Kesian juga dahlah memalam, kalau kita pun sakit perut malam tak boleh tidur dibuatnya. Mesti dlm mamai dan skit perut itulah dia baling masuk bakul. Umi dia pulak dah emosi dibuang pulak... alahai sayang kan. Kenapalah tak dicuci.

Yana Libra said...Reply To This Comment

kesiannya dia...nape la x mkn sampai leh masuk angin kan..

Malinda said...Reply To This Comment

kikiki...sian sakit bebeno le gamaknye perut dia...4 tahun ape jelah yg dia pikir ek...baju seluar kotor humban je dalam bakul...kalau akak pon buang terus kot....hahaha...buwekkkk ;D

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kesian alahai... umur pun kecillah lagi, tak tahu apa-apa. Sakit perut rupanya ya!

Anak saya pulak kalau suruh baling baju kena beritahu betul-betul. Silap haribulan dia campak baling masuk dustbin. Dah dua kali juga saya terjumpa pakaiannya dalam bakul sampah tau!

Daddy dialah punya angkara - buang dalam basket, buang dalam basket!

Betul-betul dibuangnya dalam basket sampah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...