Tuesday, January 26, 2016

Salah Makan

Assalamualaikum...

Terasa lemah dan lesu badan ni sebab malam tadi baby Ariz tak boleh tidur . Mula-mula tu ingatkan dia meragam layan mata takmo tidur. Bila cek semula dia tergaru-garu nampak resah. Cara dia menangis agak lain dari selalu sebab matanya tertutup, nampak dia dah ngantuk tapi dia tak lena tergaru-garu sana sini.

Bila LM pasang lampu nampak cadar kat tilam dia ada kesan darah. Sah la... Dia gatal-gatal. Habis kesan ruam eczema dia tu dia garu sampai berdarah-darah. Kuku dia kebetulan agak panjang memang tak sempat nak potong semalam. Apa lagi... Sedap la dia garu.

Lepas sapu ubat, urut-urut.. Terus dia lena dengan nyenyaknya. Sekali je dia bangun nak susu sebelum ummi bangun sediakan abang kakak nak ke sekolah.

Salah makan?
Rasanya tak bagi makan apa pun yang gatal. Lunch semalam kami makan nasi ayam je kat chicken rice shop. Mungkin sebab LM makan kerabu mangga tu kot? Sepiring tu memang LM makan sensorang je. Kebetulan kedai tu macam tabur banyak sangat udang kering. Maybe baby ariz tak tahan gatal udang kering tu kot? 

Kesiannya... Rasa buntu sangat tak tau nak buat apa bila dia menangis2 macam tu. bila dah tau dia gatal memang terus sapu ubat. Diam terus dia lepas disapu ubat. Maaf kan ummi dik, rasanya ni pertama kali makan makanan yang ada udang kering banyak kot? Kalau dalam mihun tu tak la banyak sangat pun setakat rencah je. Rasa bersalah sangat buat baby ariz gatal sampai berdarah-darah:(


www.tips-fb.com

4 comments:

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Allah... kesiannya tapi itulah siapa sangka kan
Bila dah tahu lain kali Umi mesti tak akan makan dah.
Sebab masih BF itu yg affected pada baby juga..

Yana Libra said...Reply To This Comment

kesiannye..kite yg bf ni pun kena jaga mkn kan kak..sy sampai skang tak makan udang..ada pun curi2 sekor je kot kalau dah teringin sgt2..huhu..dahla udang mmg feveret..tp demi anak relakanlah saja.. T_T

anak sy ruam kat pipi teruk merah kalau slh mkn..skang x nmpk dah eczema tu..mgkn sbb sy pantang lg kot..huhu~

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...Reply To This Comment

Ye lah LM..
Kekadang kesilapan sendiri..
Anak2 pula yg menanggung kesakitan kan..
lepas ni memang kena elakkan makan yg gatal2 macam tu LM..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kalau Umi tau jadi macam tu, tentu jamah pun Umi tak mahukan, LM! Kesian dia... mesti tak tahan gatal-gatal tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...