Monday, January 11, 2016

Stok Bahan Mentah

Assalamualaikum

Stok Bahan Mentah

Fuh lega dah siap kemas stok lauk yang ayah beli pagi tadi. Nak tunggu baby Ariz (10 bulan) tidur memang tak berkemas la jawabnya. Dia busy main sana sini, takda gaya nak tidur pun. Maka ummi naikkan segala benda yang boleh pecah, bagi dia bermaharajalela di dapur dengan senang hati. Dapatlah LM zap zapp zappp kemas stok lauk.


Dah siap asingkan dada ayam dan bahagian lain. Senang nak buat rencah  mee goreng atau bakar saja atau... Untuk bubur baby. Ada sotong dan udang juga. Boleh buat lauk dan juga mungkin cucur udang untung bekalan sekolah anak-anak nanti. 

Banyak juga stok sayur yang ayah beli.. Glurpp terbeliak mata ummi. Kena masak sayur yang cepat rosak agar tiada pembaziran berlaku.



Bayam perlu potong2 dulu sebelum simpan agar tak cepat layu dan lecuh. 

Cili merah pun perlu pipih tangkainya agar tak cepat busuk. Pipih tangkainya, jemur sekejap dan boleh simpan dalam tupperware elok-elok dalam peti sejuk. Dua minggu pun tahan elok tak rosak.

Limau nipis untuk buat minuman LM, stok lemon ada lagi, maka pesan limau je kat ayah.. 



Ayah ada beli tauhu sebeban. Ada taugeh dan timun juga. Maka.. Faham-faham sendiri ayah nak suruh buat tauhu sumbat la tu. 

Ada kuew tiau untuk sarapan dan bekal anak2 juga. Cili api perlu gigih pipih tangkainya. Dah dua kali ayah beli jenis ni, biasanya LM beli cili api kampung je. Elok pedas dan tak maung cili jenis ni. Tak cerewet pun pasal cili api, janji boleh buat gulai atau sambal kicap LM okey je. 

Bab membersihkan sotong udang amatlah memerlukan kesabaran. Memang selagi boleh LM nak buat timr baby tido supaya tangan busuk tak perlu kena kat baby kalau dia menangis. Tapi dia dah pandai tak menangis.. Elok je meneroka tiap inci dapur. Main botol air sampai tergolek-golek. Tolak bangku ke sana sini buat macam push walker.. Hihi.

Ayam.. Ada idea nak masak apa selain gulai lemak cili api, kicap pedas, kari atau sambal? 

Udang..
Ada idea selain sambal atau gulai lemak cili api?

Sotong tu LM plan nak buat celup tepung je. Kalau ada lebih boleh buat rencah masuk mihun goreng atau buat rencah masak untuk mihun sup nanti.


www.tips-fb.com

7 comments:

Aziela said...Reply To This Comment

Seronoknyaaa bila tgk stok bahan mentah segar2 tu. Baby Ariz tengah explore. Biar dia 'kemas' habis2...hehehe. Ayam goreng berempah jer pun sedap. Atau nak bakar madu pun laku juga. Udang tu hubby akk soh goreng celup tepung kfc. Dengan janggut2 udang tu sekali..ranguppp.

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Pagi semalam mak ke Pasar Borong Selangor. Mak kemaskini status di fb (tag nama LM) tapi mak padamkan bila dah bergerak keluar dari sana. Nak call atau WA mak takde nombor hp LM...

Farahain ZFA said...Reply To This Comment

dulu arwah ibu pon selalu minta tolong ain siapkan siang semua bahan mentah .
terima kasih atas perkongsian ini .
insyallah lepas ini ain nak praktiskan semula .
senang nak masak nanti.

Yana Libra said...Reply To This Comment

byknye brg nk msk..best2 :)

cik hani said...Reply To This Comment

kami pun weekend je beli barang mentah...memang penuh peti ais

Cik Puan Eka said...Reply To This Comment

Seronoknyaaa tgok barang basah ni. Baby kite sbaya la kan kak. Adra sy lahir 10/3. Ni tgh melasak hehe.

Bila tgok barang akak ni tringat plak time sy unpaid leave nk jaga bby. Mmg smggu skali suami bawa pg topap barang dapo. Bestnyaaaaa dpt masak. Husband balik hari2 lunch kat umah. Dh kje ni tak dapat dahh

Malinda said...Reply To This Comment

akak dulu pon time anak kecik buat keje tak tentu arah...bila ada peluang cepat2 buat mana yg patut...penah jugak akak turun masak tengah2 malam...esoknye tinggal masak nasik dan goreng2 sayo je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...