Wednesday, January 6, 2016

Stok Lauk

Assalamualaikum...

Hari ni memang tak larat berbanding semalam. Makin teruk, nak bangun pun tak berapa mampu. 

Maka, lepas bungkuskan spaghetti carbonara untuk acha dan ad pagi tadi terus lelaju solat dan zzzz. Pukul 7.30 pesan kat ayah minta siapkan syafiq untuk ke sekolah.

Tak tau bila pesan pada si ayah minta belikan stok lauk. Dalam mamai sebelum tido malam tadi kot? Lepas hantar syafiq dia terus ke pasar beli stok lauk. Haaa bawa dua plastik besar. Dengan sayur pelbagai jenis, nak pitam LM tengok. Bab nak cuci lauk tu yang tak larat dalam demam..


Syukur.. Rezeki, masih mampu menyediakan makanan halal untuk anak-anak.

Dah siap bersihkan stok lauk lepas baby ariz tido. 

Udang, ayam, ikan merah dan sebekas kecik tu bahagian dada ayam. Untuk si ummi nak bakar kalau lapar nanti. Dada ayam kalau di masak takda siapa nak makan, boleh la ummi yang konon nak jaga badan dari berketak2 ni bakar ... Makin sado ummi ni sekarang.. Ngeri weii tengok cermin. Aha..

Baju dah cuci sebelum tido maka tak la terbeban sangat pagi ni. Bila demam, tak boleh nak buat semua kerja di siang hari. 

Eh tak demam kot? Macam demam urat, badan tak panas cuma rasa tak sedap badan akibat batuk yang teruk dan keletihan je kot?


www.tips-fb.com

5 comments:

SYANI said...Reply To This Comment

Memang puas hati kan LM bila dapat sediakan makanan sendiri untuk family.. Dijamin halalan toyyiban gitu.

cikel said...Reply To This Comment

Salam...banyaknya stok lauk..kalo saya dh nanges dh bila nak basuh tu..kihkihkih..jge diri ye kak LM :)

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Bila dah sedia macam ini senang nak menggayakan bila-bila masuk dapur
Rumah kakak bab siang-menyiang semua abang buat. Kakak masak aje.

Malinda said...Reply To This Comment

dah bersihkan dan asing2 kan camni senang kalau nak masak nanti kan dik...sian demam moga cepat sembuh ye...banyak kan rehat dan minum air masak...biar lepas tu kerap shi2...moga2 rase lebih segar

Chot said...Reply To This Comment

alhamdulillah..rajin2 masak yea.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...