Monday, January 18, 2016

Tak Boleh Tinggal

Assalamualaikum...

Baby ariz buat semula dah perangai tak boleh kena tinggal. Ye lah, hari ni kan isnin.. Dah sedap sabtu ahad keluar jalan sana jalan sini urus itu ini melekap je dengan ummi. Hari ni kena tinggal kejap nak sidai baju pun meraung. 

LM biarkan je lah.. Baju dah siap hanger. Tinggal sangkut kat ampaian saja. Tadi angkat kain pun melalak nak ikut juga.huhu

Masak lauk untuk lunch tadi pun dia tak mau lepas. Last-last ajak dia 'tolong' masak. Upaj roti.. Bagi dia buat sepah sambil makan. Dapat lah buat tumis udang sekejap. Petang ni baru tambah lauk lain. Tak sanggup nak masak bawa dia sebab dia rajin bergayut di kaki ummi. Tadi gosok baju pun dia bergayut di kaki. Bahaya sangat!

Gusi dia bengkak sangat, gigi atas baru keluar dua batang, yang lain dah nampak bayang-bayang nampak bengkak sangat. Bila dah ada 4 batang gigi ni asik nak menggigit saja kerjanya. Bagi epal kejap je dikerjakannya.
www.tips-fb.com

3 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Ya Allah..anak ummi sangat ni..hahah..harap2 sampai tua la nak melekat dengan Ummi nya..ekekek

Kira Sakura said...Reply To This Comment

Merap nak tumbuh gigi sama kot kak. Dlu masa uwais merap dgn abi. Abi kendong dia dalam baby carrier sambil masak. Takde la bergayut kat kaki lagi. Letak dia kt blkg xde la kena minyak panas hewhewhew

Mummydearie said...Reply To This Comment

Anak umi, mestilah nak bergayut dengan umi aje. Dia nak bermanja tu LM sebabnya takda siapa-siapa kat rumahkan. Bonding time tu ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...